Semakin Berani!! Bangla Ugut Sebar Video Aksi Seks Kepada Keluarga, "saya akan sebar video seks kamu"

IPOH – Keperluan tenaga kerja yang semakin melonjak naik mendorong kepada kemasukkan warga asing di negara ini bertambah dari semasa ke semasa sehinggakan mengundang pelbagai masalah lain.

Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani terpaksa menanggung derita fizikal dan mental apabila dia telah dipaksa menjadi pemuas nafsu seks seorang lelaki warga Bangladesh.

Mangsa terpaksa merelakan dirinya menjadi pemuas nafsu bangladesh tersebut selepas dia telah diugut dengan video aksi panas mereka yang akan disebarkan kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya jika tidak berbuat demikian.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lily, 21 tahun mengatakan bahawa dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka sama-sama bekerja di kilang pemborong sayur di Simpang Pulai.

Menurut mangsa sepanjang dia mengenali Anwar, 27 tahun, hubungan mereka sama seperti rakan-rakan sekerja lain tetapi segala-galanya berubah dalam sekelip matra sahaja.

“Detik hitam tersebut bermula pada 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika itu Anwar telah mengajak saya keluar minum di Gopeng dan tanpa syakwasangka saya telah mengikutinya pergi ke sebuah kedai untuk minum."

"Tetapi tidak lama selepas minum, kepala saya rasa pening dan terus tidak sedarkan diri."

“Bila sedar sahaja saya dah berada dalam bilik sebuah hotel serta terkejut apabila menyedari saya berada dalam keadaan berbogel, manakala hotel terbabit hanyalah bersebelahan dengan kedai tempat kami minum tadi."

“Ketika kejadian Anwar turut berada di dalam bilik bersama saya dan dia telah mengungut saya bahawa dia akan menyebarkan rakaman video seks kami yang telah dia rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit," terang mangsa ketika ditemui pada satu sidang media semalam.

Semenjak kejadian tersebut Anwar sering menghubunginya setiap hari dan akan memaksanya melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu video rakaman terbabit tersebar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.