14 Petua Mencari Calon Isteri Yang Solehah, Lelaki Bujang Wajib Baca.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih
gadis jelita menjadi isteri anda:
1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan
hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat
semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu,
dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik
dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik
tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk
mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada
tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).
2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan
rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini
adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan,
bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam
beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis
dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di
masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar
kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. Kejelitaan dan
kegembiraan tidak akan bersatu lama. –Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil
‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang
dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana
suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan
tingkah lakunya di depan mata.
3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang
tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif
di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.
Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah
terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta
kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan
keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli
pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup. Wanita jelita tidak
bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa
sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu
adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung
minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan
kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu
bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa
mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani
kehidupan anda. Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar
saja. – Bidalan Jerman
6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang
tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji
dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis
yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai
pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan
sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak
gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak
menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat
akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden,
pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita
bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan
adat apatah lagi agama. Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya
tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si
gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza
berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah
sama saja.
Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba
mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah
jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar
kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah
boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki. Kadangkala
lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia
9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang
gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan
kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
wanita lagi comel dan cantik bila bertudung
wanita lagi comel dan cantik bila bertudung
Posted by Jualan Tudung Online Murah-Murah fesyen terkini on 21hb Jun 2015
Ulasan
Catat Ulasan