Suami Harus Baca!! 20 Sikap Suami Yang Tak Disukai Isteri!
KEBANYAKKAN suami tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka
dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila
isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali
apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu
menjadi punca pertengkaran.
Namun, suami tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci
oleh si isteri. Justeru itu, apa kata wahai suami sekalian meneliti beberapa
perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Suami yang panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat
dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas
baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher isteri bagi menunjukkan
mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan
fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa
berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan
hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!!
Semua benda dia je yang betul...silap sikit naik tangan dan
kaki... perempuan mana yang tahan dengan lelaki sebegini...
2. Suka mengongkong
Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar berjumpa
dengan teman-teman pun tidak boleh, dikatanya pula si isteri buat perangai
sampai memarahi isteri dengan berkata " awak lupa ke yang awak tu dah jadi
bini orang??". Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala
yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya
aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh isteri mereka. Mulalah dituduh
psiko, penyibuk dan queen control.
Ish...agaknye suami ni lupa ke yang dia tu laki orang??
Biasalah lelaki kalau dah keluar dari rumah...status akan jadi bujang..lupa dah
bini anak kat rumah..
Biasanya lelaki mengongkong ni, lelaki yang kuat cemburu..
cemburu tanda sayang... tapi kalau dah terlebih cemburu, padah dah tu kan...
nak bergerak pun susah... cemburu bagus, tapi kawallah dengan iman..
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki.
Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya
sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri agar si isteri
memujuk mereka.
Lelaki memang ego... hmm... tapi ego perempuan lagi dasyat
dari lelaki kengkadang... jadi, nak over ego sampai menimbulkan ego wanita
ye,..
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata
keranjang). Walaupun sudah dikurniakan seorang isteri yang cantik, tetapi masih
lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak.
Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita
lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun masih sempat
'cuci mata' tengok perempuan lain. Isteri mana yang suka kalau suami macam tu??
Lelaki mata lalat... nampak aje yang lain-lain...tapi bini
sendiri depan mata tak nampak...
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita.
Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang
melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga
yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri. Zaman
sekarang, selalu kita dengar suami scandal dengan perempuan dan ada juga yang
mempunyai 'isteri simpan'.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang
memberikan perhatian kepada isterinya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan
perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga
dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita
bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri sentiasa perlu rasa
dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
Suami tak pernah nak kisah dengan perasaan isteri tapi
hendak isteri ambil berat dengan perasaan mereka..give and take la...sama2
memberi..sama2 merasa...barulah bahagia..
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan janji keluar dengan isteri semata-mata
ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki.
Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada
apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang
mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita
dengan isteri. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih
dihargai.
Penting dengan kawan..kawinlah dengan kawan kamu tu..huh..(O.o)...kita
penat2 masak dia tak pulang rumah..makan kat luar..tengah malam hingga dini
hari baru pulang rumah...
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu suami yang tahu menghargai perasaan atau
pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, suami mahu si isteri terang-terangan
menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar
kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai isteri terhadap apa yang cuba
dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya,
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Suami harus belajar menghargai isteri...sekiranya isteri
rasa dihargai..maka isteri akan lebih menyayangi anda dan melayan anda
dengan lebih baik lagi...
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau
nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya
tidak bersalah.
Teriak2..bukannya isteri pekak...kalau isteri meninggikan
suara sikit,mulalah kata isteri dah pandai melawan..mana tak nye...kalau selalu
sangat suami meninggikan suara..mana tak isteri fedup lalu berani meninggikan
suara..
10. Lelaki penipu
Masalah yang ketara apabila suami suka menipu ataupun
memberikan alasan yang tidak munasabah. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih
ini, lama kelamaan akan membuatkan isteri membenci anda. Lelaki akan kerap
menipu sekiranya dia ada bermain kayu 3.
Susah hidup dengan suami penipu..tapi sepandai2 tupai melompat..akhirnya
jatuh ke tanah juga...sepandai2 kamu menipu akhirnya ketahuan juga.
11 Sombong
Sombong adalah sifat syaitan. Allah melaknat Iblis adalah
kerana kesombongannya. Abaa wastakbara wakaana minal kaafiriin (Al Baqarah:34).
Tidak ada seorang makhlukpun yang berhak sombong, karena kesombongan hanyalah
hak Allah. Allah berfirman dalam hadits Qurdsi: “Kesombongan adalah
selendangku, siapa yang menandingi aku, akan aku masukkan neraka.” Wanita
adalah makhluk yang lembut. Kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan
wanita. Karena itu para isteri yang baik tidak suka mempunyai suami sombong.
12 Tertutup (Perahsia)
Nabi saw. adalah contoh suami yang baik. Tidak ada dari
sikap-sikapnya yang tidak diketahui istrinya. Nabi sangat terbuka kepada isteri-isterinya.
Bilabaginda ingin keluardengan salah seorang istrinya,baginda melakukan undian,
agar tidak menimbulkan kecemburuan dari yang lain. Bilabaginda ingin mendatangi
salah seorang istrinya, baginda meminta izin terlebih dahulu kepada yang lain. Perhatikan
betapa baginda sangat terbukaterhadap para isteri. Tidak seorangpun dari mereka
yang merasa dizalimi.
13: Tidak berpendirian tetap
Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang
mempunyai pendirian dan bertangungjawab.Tetapi bukan diktator.mempunyai alasan
yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi di saat yang sama ia
bermusyawarah, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh
keyakinan. Inilah salah satu makna qawwam dalam firman Allah: arrijaalu
qawwamuun alan nisaa’ (An Nisa’:34).
14: Lemah /Tiada keyakian diri
Para isteri ingin suami yang tegas, bukan suami yang lemah.
Abu Bakar Ash Shiddiq adalah contoh suami yang selalu menangis. Tetapi ia
menangis bukan karenalemahmelainkan kerana sentuhan ayat-ayat Al Qur’an. Namun
dalam sikap keseharian Abu Bakar jauh dari sikap lemah. Abu Bakar sangat tegar
dan penuh keberanian. Lihat sikapnya ketika menghadapi para pembangkang
(murtaddin), Abu Bakar sangat tegar dan tidak sedikitpun gentar.
15: Pengecut
Dalam sebuah doa, Nabi saw. minta perlindungan dari sikap
pengecut (a’uudzubika minal jubn), mengapa? Sebab sikap pengecut banyak
menghalangi sumber-sumber kebaikan. Banyak para isteri yang tertahan
keinginannya kerana sikap pengecut suaminya. Banyak para isteri yang terseksa
kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Nabi
saw. terkenal keberaniannya. Setiapkali pertempuran Nabi selalu dibarisan
paling depan. Ketika terdengar suara yang menakutkan di kota Madinah, Nabi saw.
adalah yang pertama keluar danberhadapan dengansuara tersebut.
16: Pemalas
Di antara doa Nabi saw. adalah minta perlindungan kepada
Allah dari sikap malas: allahumma inni a’uudzubika minal ‘ajizi wal kasal.
Malas telah membuat seseorang tidak produktif. Banyak sumber-sumber rejeki yang
tertutup kerana kemalasan seorang suami. Malas sering kali membuat rumah tangga
menjadi sempit dan susah.
17: Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Mendidik anak tidak saja tanggung jawab seorang isteri
melainkan lebih dari itu tanggung jawab seorang suami. Perhatikan surat Luqman,
di sana kita menemukan pesan seorang ayah bernama Luqman, kepada anaknya. Ini
menunjukkan bahwa seorang ayah harus menentukan kompas jalan hidup sang anak.
Nabi saw. Adalah contoh seorang ayah sejati. Perhatiannya kepada sang cucu
Hasan Husain adalah contoh nyata, betapa beliau sangat sayang kepada anaknya.
Bahkan pernah berlama-lama dalam sujudnya, kerana cucu sedang bermain-main di
atas belakangnya.
18: Menang Sendiri
Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dihargai
pendapatnya. Begitu juga seorang isteri. Banyak para isteri terseksa karena
sikap suami yang selalu merasa benar sendiri. Kerana itu Umar bin Khaththab
lebih bersikap diam ketika isteri berbicara. Ini adalah contoh yang patut
diambil. Umar beranggapan bahwa adalah hak isteri mengungkapkan kata2 pada
suami. Sebab hanya kepada suamilah ia menemukan tempat mencurahkan isi hatinya.
Karena itu seorang suami hendaklah selalu lapang dadanya.sebaik-baik sikap
adalah mengalah dan memberi perhatian. Sebab ketika isteri ngomel ia sangat
memerlukan perhatian dr suami. Ada pepetah mengatakan: jadilah air ketika salah
satunya menjadi api.
19:Kurang Komunikasi
Banyak para isteri merasa sunyi ketika suami pergi atau di
luar rumah. Sebaik-baik suami adalah yang selalumenghubungi isterinya . Degan
mengirim sms atau membuat call. Ingat bahwa banyak masalah kecil menjadi besar
hanya kerana kurang berkomunikasi dgn baik.
20 Tidakkemas dan Tidak Harum Nabi adalah contoh suami yang
selalu kemas dan harum. Kerana itu para istrinya selalu suka dan bangga dengan
Nabi. Ingat bahwa Allah Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Maka kerapian
sebahagian dari keimanan.
Walau tak suka macam mana pun,wanita tetap setia
berkhidmat... Kerana rasa tanggungjawab dan mencari secebis pahala... Cuma kaki
baran memang tiada sapa la yang mampu tahan kan... Tapi setakat sikap yang lain
tu, wanita bertahan je... entry ni tak tuju kepada sesiapa...cuma sebagai
renungan buat para suami semua... Kadang nampak salah isteri je... Tapi
sebenarnya ada kekurangan pada diri sendiri sebagai suami... Konsep sama-sama
give and take perlu diamalkan selalu dalam rumahtangga... Jika nak isteri yang
solehah, maka kena la usaha untuk solehkan diri sendiri juga kan... Suami
isteri masing-masing tak sempurna, kerana itu Allah temukan bersama kerana
untuk saling melengkapi...Moga kita diredhai dan dirahmati Allah. Sumber:
internet dan sini.
Ulasan
Catat Ulasan