AWAS!!! Gambar Facebook Anda Boleh Dicuri Oleh Bomoh Untuk Digunakan Dalam Ilmu Hitam.
Oleh kerana semua orang ada Facebook, sehingga mustahil
untuk mencari mereka yang tiada Facebook, jadi sudah semestinya bomoh juga ada
Facebook untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.
Bagi mereka yang gemar memuatnaik gambar gambar selfie
sendiri, gambar bersama keluarga, awas!! Andalah yang harus berhati-hati.
Ini kerana agensi keselamatan Internet CyberSecurity
Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan perkara berkenaan yang
kononnya bagi mengelakkan ancaman ilmu hitam.
Menurut pegawai komunikas korporatnya Jazannul Azriq Aripin
berkata terdapat laporan bomoh peroleh gambar mangsa dari Facebook dan
dijadikan alat pemujaan ilmu hitam.
“Jangan terkejut jika bomoh sendiri sudah semakin bijak dan mereka
mungkin memasang kemudahan jalur lebar tanpa wayar di rumah bagi melancarkan
tujuan ilmu hitam mereka.
“Justeru, elak meletakkan gambar sendiri dan gambar
bersendirian di Facebook bagi mengelak menjadi ancaman ilmu hitam,” katanya
seperti dilaporkan Harian Metro.
CyberSecurity Malaysia merupakan satu agensi di bawah
Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi yang berfungsi memantau keselamatan
siber dinegara kita. Moden juga ya bomoh zaman kini.
Ulasan
Catat Ulasan