Pesan Saya – Kalau Suami Kamu Ada Perempuan Lain, Kamu Jangan Menangis.
Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak
berfikir panjang waktu itu..Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan
isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yang kedua
(dah naik jadi no 1) dan saya no 2.
Waktu itu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit
dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife
dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lagi.
Saya jadd
kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami.
Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ).
Pada masa
tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yang ada selain saya. Walaupun
serangan facebook berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa,
siapa tak sakit hatikan?
Tapi betul orang tua kata, isteri diuji disaat suami tidak
mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..
Anak saya yang pertama baru 4 bulan, suami main cinta dengan
budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia
beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu
tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya
fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.
Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri
pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah
segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya
korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami
menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu
sekiranya mampu.
Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak
bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke
rumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu.
Allah… menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang
semua ada. Saya balik ke rumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya
hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika
betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami.
Dengan hati yg membara, saya
hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan
tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg
mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa
ibu bapa saya sebagai saksi.
Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu..
mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya,
mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu
dan ini, mcm mcm kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah
menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya
mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan
twitter, mereka berperang sesama sendiri.
Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina
kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang
dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA
. Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia
berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa,
habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya
nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..r
ezeki dipermudahkan.
Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah di
sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau.
Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir
sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga.
Tulah bercinta org lain, nikah org lain.
Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak
menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.
Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang
perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh
kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan
isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni.
Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg
dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan.
Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya.. saya
terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu.
Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah, api
air,unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya?
Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada
bagi.. tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg
paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari
sesuap nasi.
Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot
ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa,
anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi,
kita sakit makan panadol tidur . Budak? Mereka tak tahu.
Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah
saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu
perihal suami berkahwin lain.
Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami
dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org.
Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan
instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan
mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri,
salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya
cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan
anak2.
Saya bersyukur Allah SWT masih sayang , ujian saya ni kecil
jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat
permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang
diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat. Allah ada,Allah lindung saya.
Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara
baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada
rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada
Allah,bulat- bulat.
Buat isteri diluar sana, kalau suami ada perempuan lain,
jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar
berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Thanks admin
Ulasan
Catat Ulasan