10 Sebab Kenapa Harus Mencukur kemaluan Dan Kebaikkannya.
Disunnahkan dalam agama tindakan yang diutamakan ialah
mencukur, diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan
sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit
itu.
Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian
ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan
mencabut akan mengakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.
Ada banyak hadis-hadis, antaranya :Hadits Nabi SAW:;1.“Lima
hal yang termasuk sunnah fitrah: Mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memendekkan
kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” (HR Jama’ah)
1.Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk
kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu
kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat
puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu
Daud).
2.Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan
menggunting misai”. (HR al-Bukhari)(Fitrah adalah bermaksud apa yang
dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama
yang fitrah dan ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka
kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan
mencukur bulu ari-ari ini.)
3.Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah (cukur
bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari
dan Muslim)
4.Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur
bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid
(asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
5.HR Muslim:”Bersuci itu separuh daripada iman”
6.HR Jabir – larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum
bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang
dari perjalanan jauh.
7. Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.Kawasan bulu ari-ari
adalah kawasan mudah dan banyak berpeluh. Sekiranya tidak dicukur bulu
tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh.
Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis
lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau
yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada
pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan
kemaluan.
8. Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:”Siapakah orang yang paling engkau sukai?”
Jawab Iblis:”Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau
mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di
situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada
bulu itu.”
9.Jadi jelas kenapa Rasulullah SAW Meletakkan jumlah tidak
lebih dari 40 hari sebagai waktu hitungannya,apabila melebihi batasan waktu
tersebut selain dari pada ngangguan jin,bulu bulu di sekitar kemaluan dan
ketiak akan mulai mengganggu aktiviti seharian anda,terutamanya seksual.selain
dari pada itu bakteria akan lebih mudah untuk berkembang dan akan memudaratkan
kesihatan manusia.
10.Yang Haram:(Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai
dan Abu Daud).Dalam perkara mencukur ini, —HARAM bagi seorang perempuan
mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain.
HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya
dihadapan lelaki lain.
HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya
dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki
membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya.kecuali pendedahan
seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.
Ulasan
Catat Ulasan