13 Lagu Dangdut Di Haramkan Kerana Mengandungi Unsur Lucah.

Untuk kali pertama sejak dibentuk pada 2004 Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah (KPID) Jawa Barat mengeluarkan perintah melarang 13 lagu daripada dimainkan di wilayah itu.

Lagu yang dilarang ialah:
Turut disenaraikan:
Sementara itu ada beberapa lagu yang diberi kelonggaran terhad, iaitu:

Semua lagu itu hanya boleh disiarkan selepas jam 10 malam.

Mana-mana stesen yang melanggar arahan itu boleh dikenakan hukuman seperti amaran dan penggantungan operasi.

Bagaimanapun larangan itu tidak termasuk di pusat hiburan dan Internet.

Sementara itu panel KPID Jawa Barat, Neneng Athiatul Faiziyah, berkata lagu dangdut berkenaan dihad atau dilarang kerana dianggap mengandungi nilai lucah.

Katanya jika tidak dikawal dibimbangi ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Perintah larangan itu disedarkan kepada semua operator radio dan televisyen di 27 daerah di Jawan Barat.

Larangan itu kemudian mengundang reaksi yang pelbagai daripada pendengar. Ketika sebagaian pendengar memuji langkah diambil KPID, sebahagian yang lain memaki-maki sama ada di radio atau di media sosial.-Malaysiakini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.