50 Cawangan Umno Kedah Usul Undi Tak Percaya Datuk Seri Najib.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 50 cawangan Umno Kedah membuat usul tidak percaya terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Berikut adalah nama Cawangan2 UMNO di Kedah yg membuat usul undi tidak percaya terhadap DS Najib Razak, menuntut dia segera undur sbg Presiden parti & PM, dan mengusul supaya pemilihan parti tidak ditangguh dan dilaksana tahun ini juga.

Mungkin ada lagi cawangan2 yg buat usul yg sama tapi tidak melaporkannya. Saya alu2kan kalau ada sesiapa yg hendak maklumkan mengenai cawangan2 yg tidak tersenarai. Banyak lagi cawangan yg merancang utk buat usul yg sama tapi diugut dan ditekan utk membatalkan hasrat itu. Ada juga yg bermesyuarat tanpa quorum yg cukup, tapi dianggap cukup.

Mungkin juga akan ada pihak2 tertentu yg menafikan bahawa cawangan2 yg tersenarai ini benar2 buat usul sedemikian. Atau mereka melesapkan/meminda minit mesyuarat cawangan tersebut dlm laporan diperingkat UMNO bahagian. Memang itupun yg kami jangka akan mereka lakukan.

Jumlah cawangan ini tentunya akan dikatakan terlalu sikit berbanding jumlah cawangan UMNO di Kedah. Tapi belum pernah dlm sejarah kita ada usul2 seperti ini diluluskan oleh begitu banyak cawangan2 UMNO. Demi demokrasi dlm UMNO, ini hak ahli2 utk menyuarakan isihati kami mengenai kemelut yg melanda negara.

Apapun, tahniah dan syabas saya ucapkan kpd cawangan2 tersebut. Berani kerana benar! Teruskan perjuangan utk Selamatkan Malaysia dari kemungkaran.
CAWANGAN2 UMNO KEDAH YG BUAT USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB DAN MINTA PEMILIHAN UMNO DILAKSANAKAN TAHUN INI JUGA
-------------------------------------
JERLUN
1. Seberang Kuala
2. Batu 5 Jalan Sanglang
3. Sg Korok 1
4. Pida 3 Tunjang
5. Kg Imam
6. Padang Tui
7. Pida 2 Tunjang
8. Kg Bagan
9. Pida 3 1/2 Tunjang
10. Kg Sanglang
11. Batu 1 Jalan Sanglang
12. Pida 8 Baru Sanglang
13. Kg Tengah Jerlun
14. Kg Masjid Ayer Hitam
15. Kg Alor Tok Chik
16. Kg Tanjung Mk Ah
17. Kg Wang
18. Kg Seri Paya Stesen
19. Padang Sera Luar
20. Kg Raja
21. Padang Lalang
22. Pida 11 Jalan Sanglang
23. Pida 5 Baru
24. Bukit Hantu
25. Pekan Kodiang
26. Matang Mahang
27. Matang Nibong
28. Pida 4 Deli
29. Pida 12 Baru
KUALA KEDAH
1. Titi gajah
2. Kubang Bongor
MERBUK
1.Kg. Kuala Sin
PENDANG
1. Bukit Raya Utara
2. Kilang Kecil
3. Simpang 4 gajah mati
KUBANG PASU
1. Teluk Malek
2. Paya Keriang Menyabung
3. Lubuk Kawah
4. Naga
5. Kg Tanjong, Jeram
6. Kg Binjal, Jeram
7. Kg Padang Halban
8. Kg Titi Kerbau
9. Kg Pulau Pisang
10. Kg Alor Rambai
11. Kg Padang
BALING
1. Baling
2. Baling Bandaran
3. Rambung Pulai
KULIM BANDAR BAHARU
1.Bukit Aping
JERAI
1.Sg Badak
LANGKAWI
1. Kampung Huma

2. Kubang Badak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.