KISAH BENAR!! Suami Paksa Saya 'Main' Dengan Dua Lelaki Serentak!! Dia Hanya Melihat Saya Di???
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa menderita akibat
tindakan melampau suami sendiri yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan
lelaki lain yang sengaja dibawa ke rumah, dipercayai semata-mata untuk
memuaskan nafsu gila lelaki itu, sejak empat tahun lalu.
Malah, ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia
30 tahun itu terpaksa menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada
suaminya atau tetamu tidak diundang terbabit.
Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit
mengarahkan isterinya melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya sambil
diperhatikannya.
Tidak tahan dengan perlakuan melampau suami, wanita itu
nekad melaporkannya kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dilakukan polis di
rumahnya, kelmarin.
Dalam laporannya kepada polis, ibu kepada seorang anak
berusia tiga tahun itu mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan dua
lelaki serentak iaitu suami dan kawan suaminya.
Perbuatan itu bukan berlaku sekali atau dua, malah berulang
kali membabitkan beberapa lelaki berlainan yang dibawa pulang suaminya ke rumah
sejak mereka mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, rakan suami wanita
berkenaan berkunjung ke rumah pasangan itu di sebuah kondominium di kawasan
Bukit Indah, Ampang, jam 10 malam.
“Wanita terbabit yang sudah menjangkakan dia akan menjadi
mangsa nafsu pelik suaminya kemudian cuba melarikan diri dengan memberi alasan
mahu ke kedai.
“Ketika itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais) untuk meminta bantuan supaya menyerbu kediamannya,”
katanya.
Sumber terbabit berkata, setengah jam selepas itu wanita
berkenaan pulang ke rumah dan melihat suami bersama anaknya dalam bilik air
sebelum lelaki itu meminta isterinya melakukan hubungan seks dengan rakannya.
“Bagaimanapun, mangsa enggan menurut permintaan pelik
suaminya sebelum disuruh masuk ke bilik.
“Tidak lama kemudian, suami wanita itu bersama rakannya
masuk ke bilik itu,” katanya.
Menurutnya, sejurus masuk ke bilik, lelaki terbabit terus
melakukan hubungan seks bersama isterinya sambil ditonton rakannya.
“Rakan suami mangsa kemudian terangsang selepas menonton
aksi seks pasangan terbabit.
“Lelaki itu kemudian turut melakukan hubungan seks bersama
pasangan berkenaan dan wanita itu terpaksa merelakan dia diperlakukan sebegitu
semata-mata mahu memenuhi selera seks pelik suaminya,” katanya.
Menurut sumber itu, tidak lama kemudian, penguat kuasa Jais
bersama anggota polis tiba di rumah pasangan berkenaan dan menahan kedua-dua
lelaki terbabit berdasarkan laporan wanita itu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 30-an
dan 40-an adalah jurutera di syarikat swasta.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner
Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan
kedua-dua lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis
semalam selepas keterangan mereka diambil.
Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol
dan mangsa dihantar menjalani pemeriksaan doktor, namun siasatan lanjut dan
menyeluruh perlu dilakukan.
“Selain suami mangsa dan rakannya, wanita itu turut
dipanggil memberi keterangan dan polis juga akan mengambil keterangan anak
mereka yang berusia tiga tahun.
“Kami masih menunggu laporan perubatan dan jika benar ada
tanda menunjukkan wanita berkenaan menjadi mangsa pemuas nafsu kedua-dua lelaki
terbabit, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.
Semua bukti seperti kesan tompokan air mani yang ditemui
pada tilam dan bantal sudah diambil selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA)
turut dilakukan.
Sementara itu, difahamkan wanita berkenaan sebelum ini
pernah meminta cerai daripada suaminya, namun lelaki terbabit pandai memujuk
setiap kali isterinya mengajukan hasrat berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan