Mahkamah Beri Tempoh Kepada Datuk Seri Najib Razak Failkan Pembelaan Kes 1MDB.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memfailkan pembelaan dalam saman berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi.

Hakim Abu Bakar Jais menetapkan pada 9 Jun ini untuk Najib memfailkan pembelaannya.

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Najib memfailkan pembelaan pada 2 Jun.

Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Perdana Menteri manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi Dr Mahathir dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin.


Pada 23 Mac lalu, Dr Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1MDB. -Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.