Perjanjian haji Iran: Arab Saudi Kena Buat Keputusan.

Ketua Pertubuhan Haji Iran, Saeed Ohadi
TEHRAN - IRAN. Iran memberi masa sehingga hari ini kepada Kerajaan Arab Saudi untuk membuat keputusan muktamad, samada untuk menerima ataupun menolak tuntutan dalam soal pengurusan haji rakyatnya.

Ketua Pertubuhan Haji Iran, Saeed Ohadi berkata, Riyadh sudah menolak tuntutan yang dibuat olehnya dalam satu pertemuan di antara delegasi Iran dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammad Saleh Taher Benten di Arab Saudi pada Selasa lalu.

Ohadi berkata, pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menolak enam tuntutan daripada 11 tuntutan yang dikemukan oleh pihaknya. Meskipun lima tuntutan lagi tidak ditolak, menurutnya, tiada kata putus yang dibuat oleh Riyadh.

Sebaliknya, pihak Kementerian Haji Saudi memberikan alasan bahawa mereka tidak dapat membuat keputusan muktamad.

Beliau turut mendakwa, kurangnya  komunikasi di antara Kementerian Haji dan Kementerian Luar Arab Saudi  menyebabkan tiada satu pun keputusan yang dibuat yang membabitkan jemaah haji Iran.


Tegas Ohadi, beliau akan menyalahkan Riyadh sekiranya jemaah dari negaranya gagal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. -Sinar Harian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.