Sampai Bila Saya Nak Sabar, Kalau Hari-Hari Perempuan Itu Whatsapp Suami Saya.
Kisah benar cerita ini diambil di facebook KisahRumahTangga
Assalamualaikum.. saya nak minta semua doakan kebahagian
dalam rumahtangga saya. Bertahun hidup dengan gangguan perempuan ni yang tak
habis-habis cari suami saya. Memang saya akui, suami juga bersalah bila awalnya
melayan dia tapi sekarang dia betul2 nak berubah.
Saya kenal dia Saya yang tak izinkan dia block nombor
perempuan tu sebab saya nak tengok sejauh mana perampuan tu nak menganggu hidup
kami. Bila call, whatsapp, telegram dan sms tak di layan dek suami, sekarang
dia gunakan pula nombor kawan-kawannya yang lain.
Bukan saya nak viralkan cerita ni, mohon rakan KRT
ramai-ramai doakan supaya dia stop jadi parasit dalam rumahtangga saya boleh
tak?? Nombor saya semua dia dah block, so tak dapat dah saya nak maki hamun
dia.
Untuk makluman, saya sebenarnya izinkan suami untuk
berkahwin dengan dia. Ibu perempuan tu sendiri pun saya dah jumpa dan cakap
saya tak halang kalau dia orang nak khawin.
Masalahnya suami saya memang tak nak khawin, depan saya dan
perempuan itu sendiri dia cakap yang dia tak akan khawin lain. Malah katanya
kalau pun dia bercerai dengan saya, dia tak akan berkahwin dengan perempuan.
Rumahtangga saya betul-betul huru hara gara-gara perempuan
ni. Kami pernah bercerai tapi rujuk kembali. Satu-satunya sebab kenapa suami
saya terpaksa melayan dia ialah kerana perempuan tu akan menganggu dia tak kira
di office malah pernah datang ke rumah saya beberapa kali.
Saya tak boleh nak biarkan hal ni berterusan walaupun tau
apa sebab suami masih bersama dia. Isteri mana yang sanggup kan? -KisahRumahTangga
Ulasan
Catat Ulasan