Saya Malu Nak Bagi Tahu Mak!!! Suami Tak Suka Keluarga Saya Kerana Miskin.

Assalammualaikum admin, mohon hide profile ye..
Saya baru saja kahwin dalam setahun. Saya nak minta pandangan dekat rakan-rakan facebook Kisah Rumah Tangga yang mugkin juga pernah mengalami situasi macam ini..

Ini kisah saya, saya ini lahir dari kalangan orang susah. Keluarga saya memang susah. Berlainan dengan suami, dia orang senang, keluarga pun memang asal-usul orang berada. Kerja dan gaji suami pun alhamdulillah.

Sebelum kahwin dengan suami saya, saya dah bagi tahu awal-awal, saya ini orang susah. Saya cuma nak dia terima saya dan keluarga saya seadanya. Saya tak nak dia cuma sayangkan saya, saya nak dia sayangkan keluarga saya juga.

Suami kata dia tak kisah semua itu, sebab dia sayangkan saya dan dia tak kisah latar belakang keluarga saya. Tapi selepas kahwin, saya yang jadi serba salah. Suami saya macam tak boleh terima keluarga saya.. Dia tak adalah cakap tak boleh terima, tapi dari sikap dia itu saya boleh nampak.

Kalau nak ajak suami tidur dekat rumah mak saya memang susah. Kadang-kadang saya tinggal dekat rumah mak saya dalam sehari dua seorang saja, bila cakap suami nak datang ambil saya dekat kampung, mak saya punyalah gembira. Dia kemas rumah, kemas bilik dan cadar selimut semua dia cuci.

Tapi bila suami sampai rumah, dia tak nak tidur dekat rumah. Dia nak balik hari itu juga, nak ajak makan dekat rumah pun susah.

Saya ingat lagi, bila suami saya nak datang rumah mak, mak saya cepat-cepat pergi pasar beli makanan sedap-sedap, ikan mahal-mahal dan sayur mahal-mahal. Tapi nak ajak suami makan punyalah liat. Saya jadi sedih dan saya jadi serba salah dengan mak saya.

Lepas kahwin saya dan suami memang duduk berjauhan dengan keluarga saya dan keluarga suami. Saya selalu cakap dengan suami sekali-sekala nak bawa mak saya pergi rumah kami, tidur semalam dua dekat rumah kami.

Tapi dia macam tak nak dan dia kata nanti kalau ada masa.. Tapi saya tengok dia tak adalah busy sangat sebab weekend pun dia ada saja di rumah.

Saya sedih sebab sepanjang kahwin dia tak pernah nak bawa mak saya pergi rumah kami.. kadang-kadang saya nak bawa mak saya jalan-jalan pergi bandar, nak belikan mak baju.. tapi suami asyik cakap tak ada masa.. sedangkan kerje tak busy mana pun.

Mak saya orang susah, nak merasa pergi bandar setahun sekali pun jarang.. Dia cuma berniaga sayur dekat pasar. kadang-kadang sedih tengok dia tak ada baju baru..

Tapi syukurlah, kadang-kadang suami ada hulur juga dekat mak dan ayah saya. Mak saya tak pernah kisah kalau suami saya bagi duit ke tak dekat dia orang sebab mak saya cuma happy dapat menantu yang boleh jaga anak dia. Anak dia pun hidup dah senang sikit, tak adalah susah macam dia orang..

Ya Allah.. Sedihnya........Sumber: Kisah Rumah Tangga

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.