Saya Sedia Singkirkan Mana-Mana Pemain Kelantan Yang Melanggar Etika Pasukan.

“Saya cuma mahu melihat TRW (The Red Warriors) yang lebih kuat apabila saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula. Teruskan usaha kita...Insya-ALLAH,” katanya menerusi entri berkenaan.


TAN Sri Annuar Musa memberi amaran keras akan menyingkirkan mana-mana pemain Kelantan yang didapati melanggar kod etika pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu dipetik menerusi laman sosialnya semalam berkata, beliau dimaklumkan oleh ketua jurulatih, Velizar Popov terdapat pemain tertentu yang kononnya bertaraf bintang, namun gagal mengekalkan disiplin dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap pasukan.

Menurutnya, beliau tidak akan berkompromi dalam soal disiplin dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengendali baharu Kelantan itu menggugurkan pemain yang dianggap ‘besar kepala’ dalam skuad pantai timur itu.

“Saya serahkan kepada dia (Popov) untuk mengambil apa jua tindakan sewajarnya. Bagi saya, tiada sesiapa pun (pemain) yang (bertaraf) bintang. Pemain yang tidak komited atau tidak berdisiplin boleh dikenakan tindakan termasuk digugurkan.

“Saya cuma mahu melihat TRW (The Red Warriors) yang lebih kuat apabila saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula. Teruskan usaha kita...Insya-ALLAH,” katanya menerusi entri berkenaan.

Kenyataan Annuar itu hadir beberapa hari selepas Popov membidas pemainnya yang tidak menunjukkan minat bermain bersama pasukan itu susulan kekalahan terburuk 2-5 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.

Jurulatih berusia 40 tahun itu berang setelah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjadi pemain kedua mengutip kad merah selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang di Shah Alam, pada 18 Mei lalu.

Dalam entri sama, Annuar turut memaklumkan beliau bersetuju dengan cadangan jurulatih kelahiran Bulgaria itu yang mahu menukar awang import pasukannya menjelang pintu pendaftaran kedua pemain dibuka, bulan depan.

“Popov melaporkan hasrat untuk memperkukuhkan pasukan dengan membawa masuk tiga pemain import baharu, bulan depan.

“Saya bersetuju dan menyerahkan kepada Popov mencari dan memilih pemain yang sesuai dengan corak permainan yang dia mahukan. Saya akan berusaha memenuhi hasratnya itu,” katanya.

Difahamkan, Popov hanya berminat mengekalkan bekas pertahanan antarabangsa Australia, Jonathan McKain yang kini sudah pulang ke negaranya bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan lutut.

Justeru, kedudukan tiga lagi pemain import iaitu Dramane Troare dari Mali, Blazhe Ilijoski (Macedonia) dan Jonatan Lucca (Brazil) kini bagaikan telur di hujung tanduk dan kemungkinan besar bakal disingkirkan setelah gagal menyerlah sepanjang aksi pusingan pertama.-Sinar Harian
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,467,Artis Dalam Negara,107,Artis Luar Negara,53,Berita Menarik,1303,Berita Semasa,1688,Binatang,15,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,16,Gambar,33,Islam,130,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,83,Kemalangan,26,Kes Bunuh,71,Kes Kantoi,534,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1425,Makanan,10,Maksiat,20,Marah,9,Movie,6,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,8,Samun,6,Sedih,24,Selebriti,11,Seram,8,Sesat,2,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,710,Video Dalam Negara,92,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,125,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Saya Sedia Singkirkan Mana-Mana Pemain Kelantan Yang Melanggar Etika Pasukan.
Saya Sedia Singkirkan Mana-Mana Pemain Kelantan Yang Melanggar Etika Pasukan.
“Saya cuma mahu melihat TRW (The Red Warriors) yang lebih kuat apabila saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula. Teruskan usaha kita...Insya-ALLAH,” katanya menerusi entri berkenaan.
https://3.bp.blogspot.com/-P6qm7JGvqFY/V0eeyS88fcI/AAAAAAAAJTo/tvh5CDV7dCkCsEkyhIpPxkWwTuLhG-kpwCLcB/s1600/images.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-P6qm7JGvqFY/V0eeyS88fcI/AAAAAAAAJTo/tvh5CDV7dCkCsEkyhIpPxkWwTuLhG-kpwCLcB/s72-c/images.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/05/saya-sedia-singkirkan-mana-mana-pemain.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/05/saya-sedia-singkirkan-mana-mana-pemain.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy