Suami Kehilangan Isteri, Selepas Dia Mempertaruhkan Isterinya Dalam Perjudian IPL Kriket.


Seorang lelaki kehilangan isterinya selepas kalah dalam pertaruhan membabitkan kriket Liga Perdana India (IPL).

Perkara itu menjadi perhatian selepas beberapa kaki judi mula mengganggu wanita berkenaan, memaksa beliau membuat aduan kepada polis dengan bantuan aktivis sosial.

Polis berkata, selepas kehabisan semua wang dalam pasaran saham, lelaki berkenaan mempertaruhkan isterinya dalam perjudian IPL dan turut kehilangan wanita itu.

“Wanita itu berkata suaminya memukulnya dan pernah mendesak beliau meminta wang daripada ibu bapanya.

“Baru-baru ini lelaki itu kehilangan isterinya dalam pertaruhan IPL, dan selepas itu kaki judi lain mula mengunjungi rumahnya dan mengganggu wanita itu menerusi telefon.

“Menyedari ada masalah, wanita itu membuat aduan terhadap suaminya,” kata ketua polis daerah Govindnagar, Ajai Prakash Srivastava.

Menyifatkan kes berkenaan amat mengejutkan, Srivastava berkata pihaknya sudah memfailkan kes terhadap lelaki terbabit yang masih bebas.-The Kuala Lumpur Post

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.