Tunku Mahkota Johor, Jawap Isu Beliau Makan Hidangan Gajah Yang Jadi Viral Di Media Sosial.

WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Tahniah Tunku atas kemenangan malam tadi. Adakah Tunku gembira?

TMJ: Sudah tentu saya gembira. Saya gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tetapi itu sudah berlalu. Sekarang ini kita perlu tumpukan perhatian kepada persiapan pasukan untuk Piala AFC.

Wartawan: Tunku telah menyiarkan gambar Tunku sedang diberi hidangan gajah dan terdapat pelbagai reaksi telah diterima. Boleh Tunku kongsikan tujuan posting tersebut?

TMJ: Tiada apa-apa tujuan secara peribadi. Ia ditujukan sebagai sekadar suka suka untuk rakan saya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang. Tiada apa-apa yang peribadi. Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka.

Sehinggakan ada juga yang memijak bendera kami. Namun apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim. Apabila ianya datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif. Saya tidak tahu mengapa.

Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu. Apa-apa sahajalah.

Wartawan: Tunku seorang yang sangat kompetitif.

TMJ: Ya tetapi pada hakikatnya kita semua adalah rakan-rakan. Di dalam bola sepak Pegawai-pegawai tertinggi seperti presiden, pemilik, CEO, jurulatih, pemain dan kakitangan semua adalah rakan-rakan.

Kami makan bersama-sama, kami saling berhubung, kami keluar bersama-sama dan sebagainya. Ia berlaku di sini, di Eropah atau di negara-negara lain. Orang-orang yang sentiasa bertelagah adalah penyokong. Itulah sebabnya kadang-kadang saya tidak faham. Ianya kelakar.

Wartawan: Ada apa-apa topik lain yang Tunku ingin sampaikan?

TMJ: Ya. Seseorang menunjukkan kepada saya komen yang dibuat oleh sesetengah pihak, mengatakan bahawa mereka berdoa tibanya hari untuk JDT "jatuh". Sekarang, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda yang bijaksana. Apakah maksud "jatuh"? Tidak memenangi trofi? Bukan wahai sahabat ku.

Kejatuhan adalah apabila JDT gagal membayar gaji, padang tenggelam di dalam laut, stadium runtuh, tewas 12-0 setiap perlawanan, muflis ataupun pasukan ini sudah tidak wujud lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, hari itu tidak akan terjadi. Ini kerana insan ini tidak pernah mencuri wang rakyat dan membunuh orang.

Semua yang saya lakukan sejak hari pertama adalah membantu orang ramai dan menyatu padukan Rakyat. Jadi saya tidak bimbang. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Selamat menikmati hari yang indah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.