Tunku Mahkota Johor Menjamu Selera Dengan Seekor Gajah.

Tunku Mahkota Johor memuat naik sekeping gambar yang baginda Sedang menjamu selera dengan hidangan seekor gajah Di Facebook JOHOR Southern Tigers, selepas JDT memenangi perlawanan Liga Super semalam.
JDT berpesta gol dengan jaringan 0-6 di tempat lawan di Stadium Darul Makmur, Pahang. netizen di media sosial ramai yang menganggap Tunku Ismail menyindir persatuan bola sepak Pahang dengan kekalahan besar pasukan itu.

Di atas gajah itu tertera tulisan CEO dan Tunku Ismail berkata (Apa yang menyakitkan anda pada hari ini akan membuat anda lebih kuat pada masa yang akan datang. Jangan risau wahai sahabatku.) cc: Bekas CEO Pahang FC

Dengan tertulisnya kenyataan itu, ternyata baginda menegur kepimpinan bola Sepak Pahang dengan ciri baginda tersendiri, gambar itu mungkin dapat menaikkan semangat bola sepak Pahang.

Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.