Umno Kedah Bimbang Kalah Sekiranya Berhadapan PRU14 - Datuk Seri Ahmad Bashah
ALOR SETAR - Umno Kedah berasa bimbang untuk menentukan
kemenangan dan mengekalkan kuasa pada PRU14, akui pengerusinya, Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah.
Menurut Ahmad Bashah, ia bukan perkara mudah untuk
dilaksanakan kerana memerlukan muafakat seluruh jentera dan parti komponen BN.
“Kita harus bermula dari awal kerana persiapan untuk
menghadapi satu-satu kerja besar bukan perkara mudah. Itu adalah pengalaman
yang kita lalui selama ini.
“Walaupun kita dah lalui pilihan raya banyak kali, tapi
kalau kita tak buat persiapan dan tak tumpu kepada gerak kerja di semua
peringkat, tak mungkin kita berjaya mengekalkan kuasa apabila pihak lawan juga
membuat persiapan sama,” katanya.
Berucap melancarkan Jentera Gerak Kerja PRU14 Wanita Umno
Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini, beliau berkata, semua ahli
dan jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan berpeluk tubuh dan selesa
dengan apa yang dimiliki ketika ini.
Ini kerana katanya, PRU14 akan menentukan sama ada BN
berjaya atau tidak dengan pelbagai halangan dan rintangan yang ada.
"Bergantung kepada gerak kerja dan komitmen kita untuk
menghadapi kerja besar yang akan menentukan kuasa kita di peringkat pusat dan
negeri.
“Sebelum ini Kedah berada di tangan orang lain dan kita
menjadi pembangkang suatu ketika dulu. Bukan suatu perkara mudah untuk kita
berdepan dalam PRU14,” kata Ahmad Bashah.
Menteri Besar Kedah itu berkata, keputusan yang diperoleh BN
pada PRN Sarawak baru-baru ini juga tidak boleh menentukan kemenangan BN di
Kedah kelak.
“Sebab itu kita mesti merenung ke hadapan. Kadang-kadang
kita memerlukan komitmen begitu besar kalau nak terus berjaya dan mengekalkan
kuasa yang ada sekarang.
“Saya nak semua jentera parti di peringkat Kedah buat
persiapan untuk memantapkan tenaga kerja di peringkat bawahan kerana dengan
semangat itu dapat membantu kita pada PRU14,” katanya.
Ini ujar beliau sejajar dengan harapan Presiden Umno, Datuk
Seri Najib Tun Razak terhadap Umno dan BN Kedah cukup tinggi disebabkan ia
pernah kalah pada PRU12 lalu.
“PRU12 kita (BN) hadapi kekalahan lima negeri, kita pun tak
sangka Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh kepada pembangkang.
Kelantan itu tak apa lah memang kita dah jangka akan kalah.
“Kalah ini bermakna tak ada pun dalam bayangan kita BN akan
mengalami kekalahan di lima negeri. Tapi itu sudah pun terjadi dan nasib baik
Perak kita dapat berkuasa semula,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, pengalaman selama lima tahun lalu
membuatkan BN bekerja sebagai pembangkang dalam keadaan yang cukup tertekan.
“Kita berusaha dengan parti komponen untuk rampas semula
Kedah. Ini hakikat kalau berperang tak boleh buat kerja sorang-sorang, ktia
mesti bermuafakat sama ada dia menang atau kita menang.
“Sebelum ini kita cuma menang empat kerusi parlimen pada
PRU12, tapi dalam kekalahan itu kita dapat menang 10 kerusi parlimen pada
PRU13. Dun Kedah pula kita menang 15 kerusi Dun pada PRU12, tapi dapat bentuk
semula kerajaan selepas menang 21 kerusi pada PRU13,” katanya.-Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan