UMNO Perlu Menjawab Tohmahan Yang Dilemparkan Tun Dr Mahathir - Tan Sri Annuar Musa.
KUALA LUMPUR: UMNO perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi
mengelak rakyat terpengaruh dengan segala dakwaan bekas perdana menteri itu.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu
tidak boleh mengambil mudah terhadap segala tohmahan yang dilemparkan Tun
Mahathir ketika parti sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan
Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Bahaya kalau kata tidak apa. Sekarang ini kita tidak
boleh nak agak, terutama terhadap pengundi muda, pengundi bukan Melayu, dan
banyak faktor yang kita kena tengok.
"Tetapi kalau kita di pihak benar tidak semestinya
rakyat akan terpengaruh dengan beliau (Dr Mahathir), katanya ketika ditemui
pemberita di lobi Parlimen di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh
berkata Barisan Nasional (BN) perlu bimbang terhadap pendirian Dr Mahathir yang
akan membantu pembangkang menewaskan BN dalam PRK itu.
Sehubungan itu, katanya jentera BN perlu bekerja keras bagi
memastikan kedua-dua kerusi Parlimen itu dapat dipertahankan.
"Kalau tengok di Sarawak (Pilihan Raya Negeri) memang
nampak tidak ada kesan apa-apa tapi kita tidak boleh pandang remeh (PRK). Kita
kena kerja kuat. Yang penting kita kena buat penjelasan," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong
berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il
Anuar Wan Ahmad korban nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lepas.
Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 18 Jun manakala
penamaan calon pada 5 Jun.-Astro AWANI
Ulasan
Catat Ulasan