Video Wanita Pukul Mekanik Kerana Isu Parking.

Petaling Jaya – Dipercayai gara-gara masalah parkir, pekerja di sebuah bengkel kereta dan sekumpulan ejen insurans di Singapura berperang mulut sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Menurut laporan www.stomp.com.sg, kejadian itu berlaku sekitar waktu makan tengah hari Rabu lalu di sebuah bengkel kereta di Jurong.

Pergaduhan itu disyaki berpunca daripada masalah parkir dan kereta seseorang telah dihalang.

Menurut laporan China Press, setakat ini tiga rakaman video telah dimuat naik ke Facebook sejak kelmarin.

Dua daripada klip selama 1 minit 39 saat dan 2 minit 45 saat itu dipercayai dirakamkan pekerja bengkel berkenaan menggunakan telefon bimbitnya, manakala satu lagi klip selama 2 minit 29 saat disyaki adalah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bengkel.

Difahamkan, ejen insurans itu adalah warga Singapura manakala pekerja bengkel terbabit dikatakan adalah rakyat Malaysia.

Difahamkan, pekerja di bengkel itu dan kumpulan ejen insurans terbabit telah berdendam selama beberapa bulan disebabkan masalah parkir.

Gara-gara saling tidak berpuas hati antara satu sama lain, akhirnya salah satu pihak meletup dan pergaduhan tercetus.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu, seorang daripada ejen wanita terbabit yang asyik mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul pekerja bengkel dengan payung menjadi perhatian ramai sehingga diberikan jolokan kakak payung dan kakak baran.

Selain mengecam tindakan kakak payung yang baran itu, pengguna Facebook dari kedua-dua negara jiran turut terbahagi kepada dua puak.

Ada yang berpendapat kedua-dua pihak itu tidak matang dan mereka sepatutnya bertolak ansur serta pergaduhan fizikal tidak sepatutnya berlaku.

Ada pula yang berpandangan punca pergaduhan ialah tempat letak kereta, oleh itu kakak payung yang baran itu tidak patut menegaskan “sini ialah Singapura”.

Tidak kurang pula yang mahu individu terbabit tampil menjelaskan kejadian sebenar.

Ini kerana mereka hairan jika ia berpunca daripada masalah parkir, kenapa ejen insurans lelaki itu asyik menolak mekanik terbabit untuk masuk ke dalam bengkel berkenaan dan mekanik itu pula berusaha sedaya upaya menghalang lelaki terbabit daripada mara sehingga sanggup dipukul.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.