25 Pekara Yang Boleh Membatalkan Puasa, Yang Perlu Anda Tahu.
1. Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti
berikut:
1) Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang
terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
2) Makan, minum dan merokok. Adapun suntikan ubatan tidak
membatalkan puasa.
3) Muntah dengan sengaja
4) Mengeluarkan air mani
5) Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
6) Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
7) Menjadi gila
8) Pitam sepanjang hari
9) Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang
hari
10) Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
2. Adakah membersihkan telinga atau hidung membatalkan
puasa?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke
dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau
hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang
sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang
tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan, dan bersihkanlah telinga dan
hidung di waktu malam.
3. Benarkah berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam
hidung menjejaskan puasa seseorang?
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika
berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh
berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan.
Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak berlebihan dan air
itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya
jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.
4. Adakah batal puasa sekiranya kahak ditelan semula setelah
ia terkeluar dari dalam tekak hingga ke dalam mulut?
Batal puasa jika menelan kembali kahak yang terkeluar dari
belakang tekak kerana telah masuk sesuatu dalam rongga terbuka.
5. Bolehkah seseorang itu menggunakan mouthwash untuk
mengurangkan bau mulut semasa berpuasa?
Dalam sebuah hadith yang sahih, Rasulullah s.a.w telah
bersabda bahawa bau-bauan yang datang dari mulut orang yang berpuasa adalah
lebih manis di sisi Allah s.w.t daripada bau kasturi. Oleh itu, ia dianggap
sebagai makruh untuk memberus gigi selepas waktu Zuhur. Jika memberus gigi
dianggap sebagai makruh, maka apatah lagi penggunaan mouthwash.
Adalah cukup bagi seseorang itu untuk mengurangkan bau di
mulutnya dengan mencucinya dengan air, tanpa memberus gigi atau menggunakan
mouthwash. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu masih juga ingin menggunakan
mouthwash atau memberus gigi, maka ia tidak dilarang.
6. Adakah penggunaan semburan mulut (mouth spray)
membatalkan puasa?
Puasa akan batal jika terdapat sesuatu yang memasuki
kerongkong. Jika dengan penggunaan semburan mulut, cecair tersebut akan berada
di mulut sehinggakan ia akan tercampur dengan air liur lalu ditelan, maka ia
membatalkan puasa. Ini adalah kerana terdapat kemasukan ke dalam kerongkong
selain dari air liur.
7. Adakah penggunaan solekan seperti gincu atau pengilat
bibir (lip gloss) membatalkan puasa?
Puasa akan batal jika terdapat apa-apa gangguan/kemasukan di
salah-satu dari lima pembukaan di anggota badan iaitu; telinga, hidung, tekak,
dan kedua-dua kemaluan. Menggunakan solekan seperti celak atau krim muka tidak
membatalkan puasa, akan tetapi ia boleh mengurangkan ganjaran puasa jika
solekan tersebut dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.
Bagi memakai gincu atau pengilat bibir (lip gloss) pula,
jika ia tidak dijilat atau ia dijilat tetapi tidak ditelan, ia tidak
membatalkan puasa, kalau tidak, puasa akan batal.
8. Adakah meletakkan corong tiup (mouthpiece) sebuah alat
muzik seperti klarinet membatalkan puasa?
Jika corong tiup tersebut berada lama di mulut sehinggakan
air liur yang tersentuh corong tiup itu ditelan semula, maka ia membatalkan
puasa kerana kemasukan air liur yang tercemar ke dalam perut.
Jika corong tiup tersebut tidak berada lama di mulut,
pengguna harus berhati-hati agar air liur di mulut tidak ditelan dan diludah
keluar. Corong tiup itu juga harus dilap hingga keirng sebelum digunakan
semula.
9. Adakah batal puasa seseorang itu jika tertelan makanan
kerana lupa akan puasanya?
Puasa akan batal sekiranya seseorang itu menelan sesuatu
dengan sengaja dalam keadaan dia sedar yang dia itu berpuasa. Tetapi jika dia
terlupa bahawa dia sedang berpuasa dan menelan sesuatu, maka tidak batal
puasanya. Hukum ini adalah umum untuk puasa wajib dan sunat.
Maka, sekiranya anda sedar dan ingat bahawa anda berpuasa,
dan kemudian anda merasai makanan tersebut dan menelan air liur yang sudah
terkena makanan itu, maka puasa anda batal. Tetapi jika anda terlupa yang anda
berpuasa dan menelannya, maka tidak batal puasa anda selagi mana anda dengan
segera membuang apa yang dalam mulut anda sebaik sahaja anda teringat yang anda
sedang bepuasa.
10. Wajibkah puasa seseorang yang sakit jiwa seumur hidup
dan sentiasa bergantung dengan ubat?
Seseorang yang mengalami sakit jiwa sepanjang masa dan
bergantung pada ubat sentiasa tidak wajib berpuasa. Maka dia tidak perlu
membayar fidyah atau mengqadha’ puasanya.
11. Jika seseorang itu termuntah semasa berpuasa, adakah ini
akan membatalkan puasanya?
Seseorang yang sengaja mengorek anak tekaknya agar muntah
akan batal puasanya. Tetapi jika dia muntah dengan sendiri tanpa disengajakan,
maka ia tidak membatalkan puasa.
12. Jika seorang jururawat atau doktor menggunakan “inhaler”
dengan niat mahu mengajar pesakit-pesakit semput cara menggunakannya, adakah ia
membatalkan puasanya?
Inhaler dalam bulan Ramadhan merupakan satu keperluan bagi
pesakit semput. Dengan keperluan ini dan keadaan darurat yang dihadapi mereka,
terdapat kelonggaran yang boleh diikuti. Walaubagaimana pun ini merupakan
perkara yang luar dari kebiasaan. Bagi orang yang tidak memerlukan inhaler dan
dengan sengaja menggunakannya atas sebab mengajar atau sebagainya akan
membatalkan puasa.
Sebagai jururawat, jika memang terpaksa untuk melakukannya,
ini merupakan keadaan yang tidak boleh dielakkan dan ini tidak mengapa. Tetapi
dalam keadaan mempunyai alternatif lain maka perlu menggunakan alternatif lain
serta menjaga puasa dari rosak.
13. Adakah penggunaan “inhaler” untuk pesakit semput
dibenarkan semasa berpuasa?
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan
sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan sesuatu
bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan
kesukaran bernafas, dibolehkan syara. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler
yang berpatutan tidak membatalkan puasa.
14. Adakah batal puasa seseorang yang menggunakan ubat untuk
penyakit buasir?
Antara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu
dalam 5 rongga yang terbuka: telinga, hidung, belakang anak tekak, kemaluan
depan, dan kemaluan belakang.
Buasir adalah penyakit. Mereka yang sedang sakit tidak perlu
berpuasa. Ini bersandarkan Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, atay 183: “Dan
barangsiapa diantara kamu yang sakit atau belayar maka gantikan bilangan hari
itu (di bulan yang lain).”
Memasukkan ubat dalam lubang dubur, walaupun untuk buasir,
adalah membatalkan puasa. Namun, orang tersebut perlu hormati bulan Ramadan dan
jika boleh menahan diri dari makan dan minum, atau makan dan minum di tempat
yang tidak dilihat oleh manusia.
15. Batalkah ibadah puasa seseorang itu jikalau dia
menggunakan kata-kata kesat/bermaki hamun?
Rasulullah s.a.w bersabda yang mana maksudnya: Jika salah
seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan menyakitkan hati,
dan jika ada orang yang mengajak kamu untuk bergaduh, maka katakanlah: Aku
sedang berpuasa, aku sedang berpuasa.
Berkata kesat merosakkan ganjaran dan pahala puasa seperti
yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas, tetapi ia tidak membatalkan
puasa. Tiada ulama dan mazhab yang berpendapat bahawa orang yang cakap kesat
atau berbohong atau melakukan fitnah sekalipun, akan membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah jelas dalam syariat Islam.
16. Apakah hukumnya orang yang berpuasa melakukan dosa
mengumpat, bercakap bohong dan melihat wanita ajnabi dengan syahwat. Adakah sah
puasanya?
Orang yang berpuasa wajib menjaga kata-kata atau tingkah
lakunya daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan puasanya agar puasanya
itu tidaklah hanya tinggal lapar, dahaga dan menahan diri sahaja, sedangkan
pahalanya tiada.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa itu adalah perisai.
Apabila seseorang di kalangan kamu berpuasa, dia tidak boleh (bercakap kotor)
dan melakukan maksiat. Apabila seseorang mencacinya atau ingin bergaduh
dengannya, handaklah dia berkata: Aku sedang berpuasa.” (Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah lagi: “Sesiapa yang tidak meninggalkan tutur kata yang dusta,
Allah tidak menerima hajatnya (puasanya) walaupun dia meninggalkan makan dan
minum.” (Bukhari, Ahmad dan Ashabus Sunan).
Menurut lbnu Arabi, yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah
tidak diberikan pahala puasanya. Maknanya, pahala puasa tidak layak diberi
kepada pendusta. Saidina Umar berkata bahawa puasa itu bukanlah menahan diri
daripada makan dan minum sahaja tetapi mesti juga menghindarkan diri daripada
berdusta serta perkara-perkara yang batil dan melalaikan.
17. Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan
dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat
puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.
18. Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh
melakukan sukan renang?
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung
dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah
batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang
berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk
mengelakkan dari terbatalnya puasa.
19. Adakah suntikan ‘insulin’ membatalkan puasa?
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak
membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga
yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada
si pesakit.
20. Adakah pemeriksaan kesihatan yang melibatkan kemasukan
alat atau jari ke dalam dubur membatalkan puasa?
Perbuatan doktor itu tidak membatalkan puasa anda kerana ia
dilakukan untuk tujuan perubatan. Ia tidak melibatkan sesuatu yang sampai ke
perut atau tekak lantas menghilangkan lapar atau dahaga.
21. Adakah perbuatan melancap membatalkan puasa?
Para ulama telah bersetuju bahawa perbuatan melancap adalah
dilarang di dalam Islam. Allah s.w.t telah berfirman di Surah Al-Mukminun ayat
5-7: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri
mereka atau terhadap yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini
tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah
orang-orang yang melampaui batas.”
Oleh itu, mereka yang mengeluarkan air mani mereka dengan
sengaja dianggap sebagai mereka yang telah melampaui batas.
Ditekankan disini bahawa melancap bukan sahaja haram, ia
juga membatalkan puasa, tidak kira samada puasa Ramadhan atau puasa sunnah.
Tiada denda di dunia bagi mereka yang melakukan perkara itu di bulan Ramadhan.
Dendanya menunggunya di Akhirat nanti jika mereka tidak bertaubat dan meminta
keampunan dari Allah s.w.t. Apabila puasa telah terbatal di bulan Ramadhan,
maka adalah wajib untuk mengqadha’nya pada hari yang lain.
Tabiat melancap boleh dihentikan. Jika pemikiran seseorang
itu boleh menimbulkan nafsu seksual, maka dia harus dengan segera menghilangkan
perasaan tersebut, melupakannya dan beristighfar. Dia juga harus mengingati
balasan yang akan diterima di Akhirat yang sudah tentu lebih besar dari
perasaan seronok yang dirasai selama beberapa saat sahaja. Dia juga boleh
membuang air kencing untuk melepaskan ketegangan di bahagian kemaluan.
22. Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada
siang hari Ramadan, Adakah ia membatalkan puasa?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi), puasa tidak
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau
dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)
23. Apabila sedang sahur, masuklah waktu azan Subuh sedang
saya meminum air. Sah atau tidak puasa saya jika saya teruskan sahaja minum air
itu sedikit?
Puasa bermula dengan menjelangnya fajar, seperti yang
dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 187. Fajar menjelang
dengan masuknya waktu Subuh, iaitu dengan azan Subuh. Oleh itu, puasa bermula
dengan azannya Subuh. Maka jika seseorang itu masih makan dan minum sedangkan
azan Subuh sudah berkumandang, maka puasanya dianggap sudah terbatal dan ia
wajib qadha. Umat Islam dinasihatkan agar berhenti makan dan minum ketika masuk
Imsak, atau jika terlewat, meminum
24. Bolehkah pesakit gingal menjalani ibadah puasa, terutama
pada hari dialisis?
Puasa akan terbatal sekiranya dimasukkan sesuatu ke dalam
rongga yang terbuka. Rongga yang terbuka adalah telinga, hidung, mulut dan
kedua-dua kemaluan depan dan belakang. Dialisis di mana darah akan disedut keluar
untuk dibersihkan dan kemudian dimasukkan kembali dalam badan, tidak termasuk
dari perbuatan memasukkan sesuatu dalam rongga yang terbuka. Maka dialisis
tidak membatalkan puasa.
25. Bolehkah membayar kafarah kerana bersetubuh di siang
hari Ramadan wang jumlah sama dengan 60 orang miskin kepada satu orang sahaja?
Hukum mereka yang bersetubuh pada siang hari Ramadan adalah
mengikut urutan berikut:
1) Membebaskan hamba sahaya. Jika tiada hamba lagi, maka
boleh buat nombor 2,
2) Puasa 2 bulan berturut-turut + 1 hari Qada’ . Jika ia
benar-benar tidak mampu kerana penyakit atau setelah ia mencuba berkali-kali,
maka barulah dia boleh lakukan berikut
3) Memberi makan 60 fakir miskin.
Nombor 3 di atas tidak boleh ditukar kepada memberi jumlah
penuh kepada satu orang sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan