Awas Jika Makan Pisang Secara 'Menggoda'
BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa di China telah
memperkenalkan peraturan baru yang pelik untuk video atas talian termasuk
larangan makan pisang secara 'menggoda'.
Peraturan baru itu bermakna laman web video atas talian
perlu berwaspada untuk memastikan tiada seorang pun daripada pengguna mereka
merakamkan video makan pisang secara menggoda, menurut media tempatan.
Pada bulan April, Kementerian Kebudayaan mengumumkan
pihaknya sedang menyiasat beberapa laman web popular yang menyiarkan bahan
"membahayakan moral sosial".
Disebalik larangan itu, laman-laman tersebut semakin popular
di China, terutamanya sesi webcam melibatkan wanita muda atau kadang-kadang di
bawah umur.
New Express Daily mendakwa, tiga suku pengguna adalah lelaki
dan 26% berusia di bawah 18 tahun.
Bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan peraturan pelik itu
dan berkata pengharaman itu dilihat sesuatu yang sukar dikuatkuasakan.
Kerajaan China di bawah Presiden Xi Jinping mempunyai salah
satu dasar Internet paling ketat di dunia.
Laman media sosial kerap dipadam jika mereka dilihat sebagai
mengkritik kerajaan dan laman web berita
asing seperti New York Times turut disekat.-Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan