Baru Saya Tahu Kenapa Hidup Saya Selalu Ditimpa Masalah Dan Hutang

Bagaimanakah pandangan islam pada mereka yang pernah berzina sebelum menikah namun pada akhirnya mereka menikah dan memulakan hidup berumah tangga.Adakah pernikahan mereka sah?

Sebelum mejawab soalan mari kita membetulkan sedikit dari diri kita sendiri.Tentu sebahagian dari pasangan suami isteri pernah merasakan perkara seperti di bawah:

-Masalah rumah tangga dan selalu bertengkar
-Kesempitan wang
-Mengusahakan perniagaan banyak kali tetapi tidak menghasilkan apa apa
-Anak menjadi nakal
-Keberkatan rezeki yang di cari dengan cara halal kurang
-Hutang semakin bertambah
-Sentiasa kekurangan wang
-Selalu ditimpa masalah

Yang terakhir “selalu ditimpa masalah” selesai satu masalah datang masalah baru, sebenarnya itu bukan masalah tetapi “BALA” Dari perbuatan anda sendiri.

Jika anda mengalami masalah seperti ini,tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda, berikut adalah 10 dosa besar yang mendatangkan perkara di atas.

1.Syirik
2.Meninggalkan solat
3.Derhaka kepada orang tua
4.Zina
5.Makan harta haram(harta anak yatim)
6.Meminum arak
7.Memutuskan silatur rahim(gaduh dengan keluarga)
8.Sumpah palsu
9.Kedekut
10.Fitnah

Dalam 10 dosa besar ini ,hidup tanpa taubat dari zina adalah perlakuan yang paling dimurkai oleh Allah,oleh sebab itu selain daripada itu zina juga salah satu dosa yang menghalang pintu rezeki.

Berbalik kepada soalan bagaimanakah pandangan islam mengenai pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah.berikut jawapan yang di ambil dari Islam.com

Tidak boleh lelaki penzina menikah dengan wanita pezina sebelum mereka bertaubat,berdasarkan firman Allah :

“Lelaki yang berzina tidak akan kahwin kecuali dengan perempuan yang berzina,dan perempuan yang berzina tidak akan kahwin kecuali dengan lelaki penzina,dan yang demikian itu di haramkan atas orang-orang mukmin.”QS An-nur 3.

Ulama dari mazhab hambali berpendapat bahawa pernikahan pasangan penzina yang belum bertaubat adalah tidak sah.

“Berdasarkan firman Allah dan pendapat ulama ini,pasangan penzina yang bertaubat sebelum nikah maka nikahnya sah tapi kalau tidak” sikap lebih berhati-hati adalah memperbaharui akad nikah(Nikah semula)

Taubat itu wujud dengan penyesalan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi dengan niat yang betul-betul kemudian anda melakukan pernikahan semula maka itu adalah taubat anda.

Adapun masalah telah terlahirnya anak sebelum penyesalan tiba selepas menikah ,itu masih perkara yang diperdebatkan,namun para ulama mazhab hanafi dan syafie berpendapat bahawa hal tersebut tidak diharuskan.

Yang perlu di nasihatkan apabila pasangan ingin memperbaharui akad nikah semula wali dan saksi perlu ada seperti tata cara akad nikah wali berkata di hadapan dua orang saksi”

Jelas kenapa hidup kita kadang-kadang tidak tenang dan selalu di timpa masalah tanpa henti-henti,Allah memberikan kita masalah dan cubaan agar kita tahu masalah diri kita sendiri dan segera memperbaikinya (taubat) agar rahmat-rahmat yang diturunkan tidak berhenti di tengah jalan,sangat penting sebenarnya bagi kita muhasabah diri apabila ada masalah dan berfikir “KENAPA SEPERTI INI”

Jika anda berdepan dengan masalah,segeralah mengkaji semula dosa apa yang telah anda lakukan,10 senarai dosa besar di atas adalah 10 dosa yang paling cepat mendatangkan bala.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.