Gabenor Jakarta Melarang Pelajar Pakai Tudung Di Sekolah.
Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama |
JAKARTA: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, lebih
dikenali sebagai Ahok, mengutuk sekolah awam di republik itu yang memaksa
pelajar memakai tudung dan menggesa larangan pemakaiannya sebelum bermulanya
Ramadan.
Dalam satu persidangan dihadiri 1,700 pengetua sekolah di
Jabatan Pendidikan ibu kota ini, Ahok berkata:
"Tudung kepala yang mereka pakai kelihatan seperti kain
lampin. Saya fikir kain lampin di dapur saya lebih elok."
"Apabila mereka keluar dari pintu pagar sekolah, mereka
menanggalkan tudung sebaik melompat ke atas motor bapa mereka.
"Anda mengajar mereka memikirkan memakai tudung
sebahagian moral sebagai Muslim, justeru mereka terus memakainya sepanjang
hayat. Mereka seharusnya memakainya atas kesedaran sendiri, bukan
menanggalkannya sebaik meninggalkan pekarangan sekolah."
Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Ahok berkata beliau
tidak mahu disalah anggap sebagai penyokong anti-Islam dan memetik
pengalamannya di Belitung sebagai contoh bagaimana pelajar tidak memakai tudung
dengan wajar. Kenyataan Ahok bagaimanapun tidak mendapat sambutan.
Bagi Fadia Adhari, yang belajar di sekolah persendirian
Islam di ibu kota ini selama enam tahun, di mana dia memakai tudung ke sekolah
bersama rakan sekelas, keputusan Ahok mengharamkan pemakaian tudung tidak
menyenangkan.
"Saya tidak bersetuju dengan peraturan Ahok kerana ia
bergantung kepada sekolah itu sendiri, sekolah perlu terbuka kepada pelajar
mengikut fahaman agama masing-masing dan tidak memaksa semua orang
memakainya," katanya, yang kini mahasiswa di Universiti Airlangga di
Surabaya.
Ahok dipilih sebagai gabenor pada 2014, selepas penyandang
dan kini Presiden, Joko Widodo bertanding sebagai presiden.
Seorang individu kontroversi dalam politik Indonesia, Ahok
beragam Kristian, daripada etnik Cina dan tidak dikaitkan dengan mana-mana
parti. - Berita Harian Online
Ulasan
Catat Ulasan