Hukum Keluar Air Mani Dan Air Mazi Ketika Berpuasa

Pasti ramai di antara kita baik lelaki mahupun perempuan yang merasa segan bertanyakan hal-hal yang terlalu peribadi kepada ustad. contohnya hukum keluarnya air mazi dan air mani di bulan puasa ataupun sewaktu berpuasa ganti di hari biasa.

Untuk memudahkan anda bagi yang belum tahu, di bawah ini , merisik kepada tajuk  “hukum keluar air mani dan air mazi ketika berpuasa.

Soalan:Adakah batal puasa seorang itu ketika waktu berpuasa keluar air mazi dan mani? dan tolong nyatakan dengan teliti apa itu air mazi dan air mani?

Air mazi:
Air mazi adalah bentuk cairan jernih yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan melihat perkara pekara yang menggairahkan. ia najis yang membatalkan wuduk,cara membersihkannya adalah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota tubuh yang terkena cecair itu.

Adakah air mazi membatalkan puasa? Zhir dalam mazhab Hanbali menyatakan,ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun imam Hanafi, Syafi’e Awzai’e Hasan Al-basri,As-sya’ bie dan imam Ahmad dalam satu pendapatnya befatwa, keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. kita di malaysia berpegang pada mazhab Syafi’e

Pun, begitu jika puasa tidak batal dan tidak perlu di ganti,tapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri dari perkara perkara yang boleh membangkitkan syahwat karena ia akan mengurangkan pahala puasa.

Air mani
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya air mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa wajib qpdha dan ia di sepakati oleh seluruh ulama.

Batal puasa orang yang mengeluarkan air maninya dengan sendiri atau sengaja seperi bersetubuh dan melancap dan onani ,begitu juga dengan wanita.Hal ini merupakan perbuatan dosa besar dan dimurkai Oleh Allah.

Manakala keluarnya air mani karena mimpi di siang hari selepas zahur pada ramadhan ,atau pun puasa pada hari biasa.ulama sepakat ia tidak membatalkan puasa,akan tetapi untuk melaksanakan solat perlu dilakukan mandi wajib terlebih dahulu.
Ciri air mani.
  1. Bau hanyir yang kurang sedap,seperti putuh telur
  2. Hanya keluar dengan keadaan syahwat dan menggairahkan,setelah keluar badan akan merasa lemah.
  3. Keluarnya memancut dan meleleh
  4. Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti ingus atau susu getah melekat,air mani wanita warnanya kuning jernih agak cair sedikit.

Cara ganti puasa bagi orang yang onani ketika puasa.
Orang yang sengaja mengeluarkan air mani ketika berpuasa ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangan sendiri atau tangan isteri atau lain lainnya,maka puasanya batal,dan bagi yang meneruskan puasanya ia hanya sebagai menghormati bulan ramadhan.

Orang tersebut wajib mengganti puasanya yang batal sebelum menjelang ramadhan tahun berikutnya,jika belum terganti puasanya sehingga tahun depan,maka ia wajib mengganti dan membayar fidyah.e-berita.org

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.