Kaum Wanita Perlu Berhati-Hati!!! Lampu Mentol 'Ajaib' Perakam Video.

Kuala Lumpur: Golongan wanita dinasihati berwaspada susulan penjualan kamera intip (spy camera) berbentuk lampu mentol ‘ajaib’ dan rantai kunci bagi merakam video bogel wanita secara sulit di hotel dan tandas.

Kamera intip itu dikesan boleh diperoleh dengan mudah oleh ‘kaki skodeng’ di pasaran pada harga serendah RM50 sehingga RM100.

Golongan lelaki gila seks dikatakan meletakkan kamera intip model baru itu di rumah atau bilik hotel untuk memerangkap mangsa.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, kamera intip itu turut digunakan pihak tertentu untuk memeras ugut dan menindas mangsa.

Dalam kes terbaru, seorang wanita membuat aduan diperas ugut teman lelaki selepas kegiatan seks mereka dirakam tanpa pengetahuannya.

“Mangsa yang mahu memutuskan hubungan sebaliknya diugut suspek yang mahu menyebarkan rakaman video itu di media sosial.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa berusia 20-an berasa malu dan tertekan. Dia bimbang ketelanjurannya itu diketahui rakan sepejabat dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Memang tiada siapa menyangka objek menyerupai lampu mentol yang dipasang di dalam bilik itu adalah kamera intip.

“Sehingga kini pihak kami menerima lima aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas dan hotel menggunakan kamera intip sejak tahun lalu,” katanya.

Dia berkata, orang ramai terutamanya wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian itu supaya tidak menjadi mangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.