Ngeri!! Lelaki Ini Menderita Selepas Jalani Rawatan Bekam.
Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan,
seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, China. Li Lin, menderita apabila
kesan bekam itu menjadi kudis – dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di
belakangnya.
Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol
tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti
untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam
selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk
berbekam semula.
Li Lin berkata : “Pekerja di pusat rawatan itu menasihati
saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit
bahu saya”.
Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama
setiap kali rawatan.
Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari
rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan
penuh.
Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia
merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia
kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah
37.7 darjah celcius.
Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat
7 parut besar di belakangnya.
Parut-parut itu telah menjadi kudis dan terkena jangkitan
kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis
Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di
kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.
Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai
itu kerana mengelirukan pelanggannya.
“Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi
rawatan bekam tu”, tanya seorang netizen.
“Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan
dia mengambil rawatan bekam setiap hari”, tulis netizen lain.
Ulasan
Catat Ulasan