Permaisuri Siti Aishah Selesa ‘Menyamar’
Bekas Permaisuri Agong itu berkata kini beliau boleh memandu
sendiri dan jadi ‘pemandu’ untuk ibunya.
Permaisuri-Siti-Aishah,-45,
KUALA LUMPUR: Merentas jangka masa 15 tahun, kini Permaisuri
Siti Aishah Abdul Rahman selesa “menyamar” diri dalam kalangan rakyat jelata.
Pernah bergelar Raja Permaisuri Agong, wanita itu kini betah
menjalani kehidupan sebagai seorang wanita “single” yang berdikari, jauh
daripada teduhan payung kuning dan kawalan pagar istana, lapor Bernama.
Permaisuri Siti Aishah, 45, tidak segan memberitahu wartawan
beliau memandu kereta sendiri ke majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti
Aishah di sebuah hotel di sini pada 26 Mei lepas.
“Hari ini saya datang sini saya ‘drive’ sendiri. Saya jadi
‘driver’ pula kepada ibu saya,” katanya.
Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat
sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.
Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu juga memecah tradisi sebagai
Permaisuri Agong pertama membawa imej bertudung.
Mengimbas kenangan bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, khususnya pada bulan puasa, Permaisuri Siti Aishah menceritakan biasanya
beliau dan almarhum akan berada di istana di Morib.
Pasangan diraja itu mengimarahkan Ramadan dengan bersolat
tarawih di masjid berlainan di sekitar Morib pada setiap malam, sebagai satu
cara untuk berjumpa dan bermesra bersama rakyat.
“Dan Almarhum juga akan buat rumah terbuka di Morib semasa
hari raya. Baginda suka di situ kerana ada zoo mini.
“Kami selalu pergi melihat haiwan yang almarhum pelihara
seperti rusa, kura-kura, burung Flamingo, kangaroo, kambing dan banyak lagi,”
katanya.
“Yang saya paling rindu tentulah sikap baginda yang suka
menyakat orang,” katanya.-Free Malaysia Today
Ulasan
Catat Ulasan