Tiga Beranak Mati Disembelih Termasuk Isteri Yang Sarat Mengandung.

Penduduk kampung digemparkan dengan  penemuan 3 mayat di kebun sawit disyaki merupakan satu keluarga dalam keadaan cukup mengerikan pada 16.06.2016

Tiga mayat tersebut merupakan seorang lelaki,wanita mengandung dan seorang kanak-kanak yang disyaki mangsa bunuh kerana memiliki luka-luka tetakan di bahagian badan.

Didapati mangsa wanita yang mengandung dalam keadaan bogel dan memiliki luka di bahagian kaki, torehan dikepala,paha,serta luka kerat di bahagian leher yang hampir putus.

Manakala mangsa lelaki dan kanak-kanak memiliki luka tusukan di bahagian punggung, torehan di bahagian kepala, dan bekas luka seretan.

Setelah pihak polis menyiasat ke atas ketiga jasad tersebut, didapati ketiga-tiganya adalah satu keluarga yang berkerja sebagai penjual bakso merupakan penduduk merapi timur lahat yang tinggal di kampung suka jaya oku timur lahat sumatra selatan indonesia. kes itu disahkan oleh ketua polis lahat Rantau Isnur kepada pemberita 17.06.2016.

Identiti mangsa:
-Giarno 36 tahun(suami)
-Siswanti 35 tahun mengandung (isteri)
-Bagus Pratama 9 tahun (anak)

Menurut penduduk setempat, Keluarga mangsa adalah peniaga bakso yang dikenali sebagai satu keluarga yang bahagia dan memiliki perniagaan yang laris sejak lima tahun lalu.

Semenjak berniaga bakso lima tahun mangsa sudah memiliki kedai sendiri, kereta dan juga sudah mampu membina rumah walaupun belum siap. menurut siasatan ,disyaki motif pembunuhan adalah akibat dari pada hasat dengki serta cemburu atas perniagan mangsa yang memiliki ramai pelanggan.

Dipercayai pembunuhan dilakukan oleh beberapa orang dan mendapati seorang jiran mangsa hilang secara tiba-tiba ketika pihak polis membuat siasatan kerumah mangsa.

Kes dilihat sebagai rompakan bunuh kerana rumah mangsa di dapati berserakan dan beberapa barangan berharga seperti emas, duit didapati hilang.-e-berita.org

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.