Video Kanak-Kanak Melecur Terbakar Dalam Kereta, Bahana Pemetik Api.

KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila melecur teruk di muka dan badan selepas disambar api kerana dipercayai bermain dengan pemetik api ketika ibunya sedang mengisi minyak di Sungai Pas, di sini semalam.

Mangsa, Saifuddin Ismail, 7, dikatakan berada di tempat duduk belakang kereta ibunya ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu.

Bapa mangsa, Ismail Din berkata api tiba-tiba menyambar kereta tersebut menyebabkan isterinya panik dan terus menarik Saifuddin keluar dari kereta.

“Isteri saya turut melecur di bahagian tangan ketika menarik anak keluar dari kereta,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Video rakaman kamera pengawasan (CCTV) mengenai kejadian itu kini tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, sebuah kereta Proton Saga yang sedang diisi petrol oleh pemandunya seorang wanita, tiba-tiba terbakar.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai. Kakitangan stesen berkenaan yang melihat kebakaran itu bertindak segera memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.


Mangsa kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) namun dilaporkan stabil.Free Malaysia Today

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.