Video Seorang Remaja Lelaki Dibelasah Teruk Oleh Dua Perempuan.

Seorang remaja lelaki dibelasah teruk oleh dua remaja perempuan selepas dikatakan cuba membela nasib kawannya yang menghidap penyakit Autisme daripada dibuli mereka berdua.

Video kejadian yang berlaku di Emersons Green, Bristol, England pada 7 Jun lalu menunjukkan Jake Andrews, 14, dipegang kiri dan kanan dua remaja perempuan sebelum ditendang bertalu-talu di bahagian muka.

Andrews kelihatan berusaha juga mematahkan serangan lawan namun tidak berhasil apabila tumbukan terus hinggap pada muka dan perutnya.

Salah seorang remaja perempuan terbabit turut dilihat cuba mengambil sesuatu dipercayai telefon bimbit dari poket baju Andrews namun tidak berjaya.

Apabila Andrews bertanya “kenapa kamu sentuh telefon saya?” remaja perempuan terbabit didengar menjawab ianya kerana Andrews ada merakam videonya. Dia juga menuduh Andrews telah memukulnya dahulu.

Kejadian yang dirakam seorang kawan Andrews sebelum membantunya dengan menyuraikan pergaduhan pada Khamis lalu, dimuatnaik Andrews sendiri di laman sosialnya dan mendapat tontonan lebih 600,000 kali.

Andrews dikatakan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, rahang serta kepala akibat dibelasah pada hari berkenaan.

Pergaduhan berkenaan kini disiasat pihak polis manakala kedua-dua remaja perempuan berusia 14 dan 15 tahun yang membelasah Andrews, dilaporkan telah digantung sekolah sebagai hukuman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.