3 Arahan Alexander The Great Kepada Jeneralnya Sebelum Kematiannya.
Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan
jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:
Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar
terhebat.
Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan
disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.
Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan
terkeluar dari kerandanya.
Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan
begini:
1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku
kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana
kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.
2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta
kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak
berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia
tetap akan terus berada di dunia.
3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan
yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan
tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.
Kesimpulannya:
Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan
mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati.
Pada masa itu terputuslah segala-galanya kecuali amal jariah
dan warisan-warisan kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan
keluarga kamu.
KEBAHAGIAAN HIDUP...
Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50,
kedua jam itu menunjukkan waktu yang sama.
Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau
RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.
Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2,
kesepian yang kita alami tetaplah sama.
Ketika kita terbang dengan "first class" atau
"economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yang sama.
Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.
Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman
dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi,
bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan
sesungguhnya.
Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:
1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah
mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala
sesuatu bukan dari harganya.
2. Kata-kata yang terbaik: "Makan makananmu sebagai
ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat-ubatan sebagai
makanan."
3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu
kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan
untuk bertahan.
4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi
manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.
5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan
"D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice
(pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap
pilihan kita.
Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi,
jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.
6. Ada 6 doktor terbaik:
a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Ketawa.
Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan &
nikmatilah... Wallahu a'lam...
Ulasan
Catat Ulasan