"Awak Pernah Tidur Dengan Mana-Mana lelaki?" Saya Tak Boleh Jawab Sebab Itu Aib Saya
Saya nak share kisah hidup yang sudah hampir setahun saya
pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya.
Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah
selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah
hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain.
Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak
mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai
dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.
Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat
sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg
dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya
pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.
Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit.
Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya
ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya.
Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu.
Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia
telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan
September.
Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yang
betul ke saya nak kahwin?
Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yang dia katakan
pada saya ialah,
"Saya ingatkan mak saya pilih orang yang
bertudung," katanya.
Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis
perempuan yang suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat
dengan kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri.
"Kalau tak sesuai, kita boleh putus," ringkas saya
balas.
Dia hanya menggelengkan kepala.
Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba
baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dengan
saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu.
Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah
menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan
terhadapnya.
Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan
saya tidak boleh berlaku jujur.
"Awak pernah tidur dnegan mana-mana lelaki?"
Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata
pada dia, "Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya
sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini."
Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak
mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri.
Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu.
Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa
keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi.
Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja
kami akab berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.
19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak
kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah
mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan
dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon.
Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi
sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya
dengan begitu baik sekali.
Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik
rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak
menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir
apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi
tidak dijawab.
Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu,
panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi.
Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur
di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah
tentang malam pertama kami.
Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak
dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yang suami saya ada office sendiri.
Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila
pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia.
"Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini,"
katanya.
Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus
terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon
Allah melembutkan hati suami.
Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia.
Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya.
Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya.
Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat. Kali ketiga
dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia
betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi
selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya
buat online bisnes.
Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yang sempurna,
penyayang, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro
bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka
tengok saya menangis.
Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan
berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan
pergi ke hospital. Rahangnya pecah.
Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat
memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih
sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka
baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka.
Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai
bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat,
semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur
hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya
walaupun dalam masa yang singkat. Pixel Media
Ulasan
Catat Ulasan