Baru Bernikah 50 Hari Dah Barcerai Kerana Mertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah 'penat' nak copy
and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit
sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang
seboleh yang mampu.
Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua
saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan,
jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah,
bertandang dalam masa 3 hari non stop.
Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua,
adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa
suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.
Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang
kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua
urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia
mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.
Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur
tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya
dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.
Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau
diikutkan, semua perkara yang saya buat salah.
"Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami
isteri," kata saya pada suami.
"Kita kena taat pada mak," balas suami ringkas dan
beredar.
Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur
itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan
tuduh saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah
suami bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan
ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call
beritahu nak bawa saya ke klinik.
Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab
HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya ddan suami dah macam panas sebab doktor
kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang
kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).
Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu
mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami
kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.
Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu
akan membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).
Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami
hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah
pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya
berjumpa dengan suami.
Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan
stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya,
tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.
Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus
kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya
tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai
suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.
Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya
saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.
Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil
barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua
perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut
kesemua barang-barang saya.
Suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah
saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk. Sebelum dia
meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu
dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja.
Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.
Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan
anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya
menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya. Tiada sesiapa yang nak
iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh
anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.
Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak
ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh,
ada yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma
tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab
awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri
pada saya. Bagus.
Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak
layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya,
dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu
mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.
Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat,
tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah
selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi
asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.
Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta
selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun
beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah
tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.
Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama
tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri. That's why nikah ini
amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui
suka dan duka. -Pixel Media
Ulasan
Catat Ulasan