Isteri Curang Mengadu Derita Bila Suami Ungkit Kisah Silam.
Sekarang ni kan zaman segalanya moden, termasuk lah
pemikiran orang sekarang pun.. Sama-sama mengikut perkembangan semasa, betul
tak??
Itu pasal kalau ada masalah rumah tangga sekali pun akan
diceritakan segalanya di laman sosial, kononnya untuk meluahkan masalah yang
terpendam..
Lagi pun, ada satu laman sosial Facebook yang popular di
kalangan suami isteri untuk dijadikan ‘tempat’ untuk mengadu segala masalah
yang di hadapi..
Di situ lah korang boleh baca macam-macam masalah pasangan
suami isteri.. Ada yang luar biasa dan tak kurang jugak masalah merepek dan
memalukan pun ada..
Kali ni Miss nak cerita lah sikit pasal seorang isteri yang
dibayangi dosa silamnya.. Al-kisahnya macam ni, wanita ni merupakan isteri
kedua.. Biasalah bila hidup bermadu, suami akan kejap ada bersama dan kejap
tidak.. Betul tak?? Itu lumrah lah dalam kehidupan bermadu..
So, masalah wanita ni dek kerana awal perkahwinannya si
suami jarang ada di rumah hingga menyebabkan dia berlaku curang bersama lelaki
lain..
Kononnya berasa sunyi lah.. Tapi menjadi lebih teruk lagi tu
bila dia terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah bersama kekasih
gelapnya..
Bayangkan perasaan korang bila dapat tahu pasangan korang
curang, mesti akan mengamuk dan sukar terima kenyataan kan?? Lebih menyirap
darah bila pasangan siap ada anak bersama kekasih gelap..
Tapi suami wanita tu pada mulanya dikatakan dapat menerima
wanita tu dan anak luar nikah yang dilahirkan tu dengan baik..
Wanita tu pun mula lah menyesal dengan perbuatan terkutuk
yang dilakukannya dan mula berubah..
Tapi dalam masa tiga tahu perkahwinannya, dia mengatakan dia
tak pernah rasa bahagia kerana si suami asyik marah-marah hingga mengungkit
kisah silamnya dulu sebagai bahan untuk mencari kesalahannya..
Dia pun rasa tertekan hingga memikirkan cerai jer bila
hari-hari kena macam tu dengan suaminya walaupun dia cuba buat baik tetap tak
dihargai.. Korang baca jer lah kisah wanita tu sepenuhnya di atas tu, Miss baca
pada mulanya pun rasa geram..
Kalau dia nak cakap pasal dia tak tahan dengan suaminya, ada
tak dia fikir perasaan suaminya ketika si suami mendapat tahu perbuatan
terkutuknya tu?? Ada tak dia fikir?? Mesti perasaan suaminya lebih remuk dan
sakit hati tapi tetap terima jugak dia dan anaknya..
Miss nak cakap satu jer lah, itu mungkin balasan Tuhan
didunia kerana perbuatan diri dulu..
Yela, bukan senang si suami nak maafkan kalau isteri curang
sampai melahirkan anak lelaki lain.. Kalau dia ditempat suaminya pun, Miss rasa
dia pun akan melakukan hal yang sama.. Akan mengungkit hal yang sama sampai
mati!
Bukannya senang nak pulihkan hubungan setelah apa yang
jadi.. Banyak-banyak lah bersabar dan berdoa..
Kalau merasakan hubungan tu dah tak boleh pergi jauh,
berbincang lah dengan pasangan baik-baik dan cari jalan penyelesaian.. Tak
payah nak buka aib diri dan suami lagi di laman sosial.. Tak dapat
menyelesaikan masalah pun! MissHana/Utaranews
Ulasan
Catat Ulasan