Janji Allah Terhadap Kemusnahan Bangsa Yahudi Tercatat Dalam AL'QURAN
Allah Ta'ala berfirman:
وَقَضَيْنَا
إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي
الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ
وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israil dalam al-Kitab
itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti
kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. (QS. Al-Isra: 4)
Kejahatan Yahudi disebabkan sifat dengki mereka:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ
الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ
بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ
أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا
تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
“Sebagian besar Ahli Kitab (Yahudi) menginginkan sekali agar
mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana
kedengkian yang timbul dari diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka
kebenaran......". (QS. Al-Baqarah: 109)
Kejahatan mereka yang pertama terjadi pada zaman Nabi
Ya’qub, moyang mereka. Mereka berkeinginan menyingkirkan saudaranya sendiri,
Yusuf yang berakhlaq mulia sehingga mereka lebih disayangi bapaknya. (QS.Yusuf:
7-18).
Kegemaran mereka membunuh para Nabi dan Rasul seperti
membunuh Nabi Yahaya secara kejam iaitu memenggal lehernya dan kepalanya
diletakkan di dulang emas.
Nabi Zakaria juga dibunuh secara kejam, iaitu dengan
digergaji tubuhnya. Kedua-dua pembunuhan ini terjadi pada zaman pemerintahan
raja Herodes. Mereka juga gemar membunuh orang-orang yang beriman.
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ
بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ
يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ
بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat
Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar, dan membunuh orang-orang
yang menyuruh manusia berbuat adil, maka berikanlah mereka dengan seksaan yang
pedih". (QS. Ali Imran: 21)
Nabi Isa pun tidak terlepas dari rancangan jahat mereka,
akan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala menyelamatkannya.
“Dan kerana ucapan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuh
al-Masih Isa ibnu Maryam Rasul Allah”.
Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya,
tetapi yang mereka bunuh dan salib itu ialah orang yang diserupakan dengan Isa
bagi mereka (Yudas Iskaryot).
Sesungguhnya orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan
Isa) benar-benar dalam keraguan tentang (yang dibunuh) itu, kecuali mengikuti
tekaan sahaja, mereka tidak yakin bahawa yang mereka bunuh itu Isa”. (QS.
An-Nisa’: 157).
Zu Nuwas adalah seorang raja Yahudi Najran di Yaman yang
sangat fanatik, tidak ingin ada agama lain di daerah kekuasaannya.
Alkisah ada sekelompok pengikut Nabi Isa yang setia
(Nasrani), telah sampai ke pengetahuan pegawai kerajaan.
Lalu mereka dipaksa murtad dan masuk Yahudi, siapa yang engkar
akan dibakar hidup-hidup. Raja Zu Nuwas memerintahkan pasukannya untuk menggali
parit dan menyiapkan kayu bakar, yang akan digunakan untuk membakar umat
Nasrani yang tidak mahu keluar dari islam (murtad).
Kejadian ini ada diceritakan di dalam Al-Qur’an:
"Binasalah orang-orang yang membuat parit, yang
menyalakan api dengan kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang
mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang beriman.
Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu, melainkan
kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha
Besar". (QS. al-Buruj: 4-8)
Dipendekkan cerita, kejahatan Yahudi pada zaman Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam-pun tak kurang kejamnya.
Yahudi Bani Qainuqa' adalah Yahudi pertama yang mengingkari
janjinya dengan Rasulullah, puncanya adalah apabila seorang muslimah yang datang ke pasar mereka
telah diganggu.
Sedang dia duduk di hadapan seorang tukang menjual barang
perhiasan , mereka merayunya agar membuka tudung yang dipakainya namun ia
menolak.
Lalu si tukang tersebut menarik hujung baju si wanita dan
mengikatkannya ke punggung wanita tadi, ketika berdiri ternampaklah auratnya,
lalu mereka mentertawakannya.
Wanita itu pun menjerit meminta tolong.
Seorang lelaki muslim yang mendengarnya lalu menendang si
tukang tersebut dan membunuhnya.
Melihat kejadian itu orang-orang Yahudi mengerumuninya, dan
beramai-ramai membunuh lelaki muslim tersebut.
Mendengar berita kematian lelaki itu, maka keluarganya
menuntut agar orang-orang Yahudi bertanggung jawab ke atas kematiannya.
Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam datang bersama
para sahabat mengepung mereka selama 15 malam.
Atas perintah beliau mereka telah di hukum supaya
meninggalkan Madinah.
Yahudi Bani Nadhir melakukan pengkhianatan yang kedua.
Sewaktu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pergi ke
perkampungan Yahudi bani Nadhir untuk meminta diyat (denda) dua orang muslim
yang terbunuh dari Bani Amir, yang melakukan pembunuhan adalah Amr bin Umayyah
Ad-Dhimari, seorang Yahudi.
Permintaan itu diajukan kerana terdapat ikatan perjanjian
persahabatan antara Rasulullah dengan mereka.
Ketika beliau datang mengutarakan maksud kedatangannya,
mereka berkata: “Baik wahai Abu Qasim!
kami akan membantumu dengan apa yang engkau inginkan.”
Pada saat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam duduk
bersandar di dinding rumah mereka, kemudian mereka saling berbisik, kata
mereka: “Kita tidak pernah melihat Rasulullah keseorangan tanpa ditemani
sesiapa, ini adalah peluang kita untuk membunuhnya.
Mereka merancang agar salah seorang dari mereka naik ke atas
bumbung rumah dan menjatuhkan batu besar keatas beliau”, dan untuk tugas ini
diserahkan kepada Amr bin Jahsy bin Ka’ab.
Lantas dia naik ke atas rumah bagi melaksanakan rancangan
pembunuhan ini, tetapi Allah melindungi Rasul-Nya dari rancangan jahat
orang-orang Yahudi tersebut dengan mengirimkan berita melalui Malaikat Jibril
tentang rancangan jahat itu.
Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bergegas
pulang ke Madinah, dan memberitahukan kepada para sahabatnya tentang usaha
rancangan jahat tersebut.
Beliau memerintahkan para sahabatnya untuk bersiap-siap
pergi menyerang mereka.
Ketika orang Yahudi Bani Nadhir mengetahui kedatangan
pasukan Rasulullah, mereka pergi berlindung di balik benteng. Pasukan Islam
mengepung perkampungan mereka selama 6 malam, beliau memerintahkan untuk
menebang pohon kurma mereka dan membakarnya.
Kemudian Allah memasukkan rasa gentar dan takut di hati
mereka, sehingga mereka memohon izin kepada Rasulullah untuk keluar dari
Madinah dan memohon maaf kepada baginda.
Mereka juga meminta izin untuk membawa harta seberat yang
mampu dipikul unta-unta mereka kecuali senjata, dan Rasulullah pun
mengizinkannya.
Peristiwa ini ditulis di dalam Al-Qur’an:
هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ
كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ
مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ
يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ
اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ
يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ
يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
"Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara
Ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama.
Kamu tiada menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa
benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari seksaan Allah,
maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang mereka tidak
sangka. Dan Allah menanamkan ketakutan di dalam hati mereka, dan memusnahkan
rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang beriman.
Maka ambillah kejadian itu untuk menjadi pengajaran wahai orang yang mempunyai
pandangan". (QS. al-Hasyr: 2)
Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan yang ketiga.
Mereka membentuk pasukan pakatan(al-Ahzab), antara pasukan
musyrik dan pasukan Yahudi.
Suku Quraisy dipimpin Abu Sufyan ibnu Harb, suku Gathafan di
bawah pimpinan Uyainah ibnu Hushn, suku bani Murrah di bawah pimpinan Harits
ibnu Auf dan suku-suku yang lain, sementara pasukan Yahudi bani Quraizhah akan
menyusul dari belakang.
Peperangan Al-Ahzab itu betul-betul menyesakkan dada kaum
muslimin yang terkepung, apalagi tindakan golongan munafik yang membuat goyah
pasukan Islam.
Berkat kesabaran kaum muslimin, maka Allah Subhanahu wa
Ta'ala mengirim pasukan Malaikat dengan mendatangkan serangan berupa angin
taufan dan guruh kilat yang memporak-perandakan pasukan pakatan.
Mereka menjadi kucar-kacir, dan pulang ke tempat
masing-masing dengan membawa kekalahan.
Tinggallah Yahudi Bani Quraizhah, lalu Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam mengumumkan kepada pasukan Islam: “Bagi mereka
yang mahu mendengar dan taat agar jangan solat asar kecuali di perkampungan
Bani Quraizhah.”
Kaum muslimin langsung bergerak menuju perkampungan Yahudi
Bani Quraizah, dan mengepung mereka selama 25 malam.
Orang-orang Yahudi tersebut benar-benar berada dalam
ketakutan, lalu memohon kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam agar
memberikan izin kepada mereka untuk keluar, sebagaimana yang beliau lakukan
kepada Yahudi Bani Nadhir.
Beliau menolak permohonan mereka, kecuali mereka keluar dan
taat pada keputusan beliau.
Kemudian Rasululah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menyerahkan
keputusan atas mereka kepada Sa’ad ibnu Mu’adz pemimpin suku Aus.
Keputusan telah ditetapkan iaitu: kaum lelaki dewasa
ditahan, harta dirampas, anak-anak dan wanita menjadi tawanan.
Hukuman terhadap pengkhianatan Bani Quraizhah lebih berat
dari pada Bani Qainuqa' dan Bani Nadzir, kerana kesan dari pengkhianatan mereka
hampir saja meruntuhkan moral kaum muslimin dan membahayakan nyawa mereka
semua.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ
جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ
رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ
اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ
أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ
وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا
"Hai orang-orang yang beriman ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu, ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan
kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya.
Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Iaitu ketika datang (musuh) dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap
lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tekak, dan kamu menyangka
terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka disitulah diuji orang-orang
mukmin, dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat". (QS.
al-Ahzab: 9-11)
Kehancuran Yahudi
Secara keseluruhan Al-Qur’an menceritakan kehancuran Yahudi,
seperti firman-Nya:
فَإِذَا
جَاءَ وَعْدُ الْآَخِرَةِ لِيَسُوءُوا
وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ
مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا
"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan
Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam
Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid
(Al-Aqsha), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk
membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai”. (QS. Al-Isra’: 7)
Sejak 1948 Yahudi merampas tanah Palestina. Dan sejak 2006
sampai sekarang mereka menyekat kebebasan Gaza.
Sehingga sekitar 1,5 juta jiwa muslim terkurung rapat dari
dunia luar. Berbagai upaya kemanusiaan untuk membantu mereka selalu digagalkan
oleh Israel, termasuk misi kemanusiaan yang baru saja diserang pasukan komando
Israel di perairan Gaza (Laut Mediterania).
Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan
kebiadaban Israel.
Pengepungan dan pemenjaraan beramai-ramai oleh penjajah
Israel dengan pembangunan tembok pemisah dimulai 16 Jun 2002 di Tepi Barat
dengan dalih untuk keselamatan.
Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tepi
Barat, tinggi 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk
Palestina yang ditanami berbagai buah, seperti anggur dan zaitun.
Hal ini mengakibatkan ekonomi Palestina terburuk.
Pengepungan ini sudah diramalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
"Hampir tiba masanya tidak dibolehkan masuk (embargo)
kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami
bertanya dari mana larangan itu? Beliau menjawab: "Dari orang-orang asing
yang melarangnya." Kemudian berkata lagi: "Hampir tiba masanya tidak
diperbolehkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestina) meski hanya satu
dinar dan satu mud makanan." Kami bertanya: "Dari mana larangan itu?
Beliau menjawab: Dari orang-orang Romawi." (HR. Muslim)
Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan
(Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu
mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu di naikkan di Eliya (al-Quds)“. (HR.
Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad).
Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat, sehingga
banyak orang mempertahankan kewujudan Negara Israel tersebut, namun janji Allah
dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi
bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon,
lalu batu dan pohon tadi akan berbicara; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di
belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon
Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR. Ahmad)
“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang
diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba
Allah, inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy
dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shahih-nya (2922)].
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dalam hadis ini terdapat
tanda-tanda dekatnya hari kiamat, seperti berbicaranya benda-benda mati, pohon,
dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara
secara hakikat”.[Fathul Bari (6/610)].
Wallahu a’lam.
Silakan SHARE jika anda rasa note ini bermanfaat
Ulasan
Catat Ulasan