Kenapa Rakyat Malaysia Ramai Yang Kahwin Dengan Warga Asing.

BANYAK faktor yang mendorong warganegara kita memilih warga asing untuk dijadikan teman hidup dan kebanyakan yang ditanya sudah pasti menjawab ia adalah kerana cinta!

Adakah ia benar-benar cinta dan jodoh? Hakikat sebenar dan nyata hanya jelas selepas mereka membina hidup bersama.

Ada yang bahagia, namun tak kurang juga ada hubungan berakhir sebelum kasih sempat diikat melalui sebuah perkahwinan.

Wartawan Sinar Harian, FAIRUS MOHD mengupas beberapa faktor utama yang mendorong perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing berdasarkan curahan pengalaman beberapa individu terlibat.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, ada beberapa faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada perkahwinan rakyat Malaysia dengan warga asing.

“Berdasarkan kes-kes yang dikendalikan sebelum ini, ada tiga faktor utama yang dikesan dalam sesebuah perkahwinan berbeza negara di mana cinta yang juga keinginan hati merupakan sebab utama.

“Keinginan untuk bersama setelah melalui proses mengenali antara satu sama lain, wujud perasaan mahu hidup bersama dan sudah pasti perasaan cinta sukar sekali dapat dihalang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, faktor kedua perasaan tekad membuktikan diri mampu mencipta kelainan dalam keluarga atau masyarakat dengan membuat sesuatu yang luar dari kebiasaan.

“Mungkin dalam keluarga tiada adik beradik yang berkahwin dengan warga asing, jadi keinginan hati untuk membuat kelainan dan tunjuk cita rasa berbeza  menyumbang perkahwinan berbeza negara.

“Rasa gembira atau bangga terbit di hati apabila kita mempunyai pasangan lain dari  lain apatah lagi pasangan itu ada ciri-ciri mengagumkan orang lain,” katanya.

Akhir sekali katanya, seperti yang kita kerap dengar di mana-mana sahaja bahawa memilih ‘kahwin campur’ dapat membantu kita memperoleh anak yang bijak.

“Kajian membuktikan  ia tidak benar dan hanya kata-kata bertebaran sejak dahulu lagi. Ia melibatkan faktor genetik serta asuhan baik dan bukannya disasarkan melalui perkahwinan campur sahaja.

“Keturunan faktor kedua, jika berharap hanya pada genetik sahaja tidak mungkin berlaku, jika anak tidak diasuh dengan baik,” katanya.-Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.