Kisah Budak Genius 3 Kali Lari Dari Pusat Juvana Kerana Rindukan Ibu

Sebuah kisah mengharukan tentang seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun telah menjadi perbualan hangat di laman media sosial.

Mestipun kejadian ini berlaku dua tahun yang lalu. Namun kisah ini kembali di viralkan oleh pengguna facebook Prap fals Nepole iaitu seorang lelaki yang baru berjinak-jinak dengan seni wartawan.

Dalam cerita yang di kongsikan, dia menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang telah membunuh pembunuh ayahnya yang berjaya melarikan diri sebanyak 3 kali daripada salah satu penjara paling di geruni di negeri itu kerana rindu dengan ibunya.

Bagaimanakah kisahnya, berikut adalah kisah arif tahanan budak genius di penjara ketua lapas.

“Terus-terang, walaupun sudah beberapa kali membuat kajian jenayah di LP, pengalaman kali ini merupakan pengalaman pertama saya bertemu secara depan-depan dengan seseorang yang didakwa atas tuduhan kes pembunuhan terancang.

Dengan jantung yang berdegup dag dig dug, fikiran saya melayang-layang cuba menggambarkan orang yang akan saya temui. Sudah terbayang muka keji Hanibal Lecter, juga penjahat-penjahat berjanggut palsu ala sinetron, dan gambaran-gambaran pembunuh berdarah dingin lain yang sering saya tonton cerita di TV.

Akhirnya setelah menunggu sekian lama dalam keadaan cemas, salah satu warden penjara membawa seorang kanak-kanak kehadapan saya. Yup, benar seorang anak berumur 8 tahun. Tingginya tidak lebih dari pinggang orang dewasa dengan wajah yang diliputi senyuman malu-malu. Matanya redup dengan gerak-geri yang sopan.

Saya pun membaca fail kes yang diserahkan oleh warden itu. Sebelum masuk penjara ternyata dia adalah juara kelas di sekolahnya, juara menggambar, pandai bermain suling, juara mengaji dan azan di peringkat kanak-kanak.

Kemampuan mengiranya juga cukup bagus. Malah dari semua sekolah di dalam penjara pun nilai sekolahnya tercatat kedua tertinggi peringkat wilayah. Jadi kenapa dia sampai membunuh? Dengan terancang pula?

Kes ini terjadi ketika Arif sebut saja nama anak ini begitu, belum genap berusia tujuh tahun. Ayahnya yang berniaga di sebuah pasar di daerah bekasi indonesia, dibunuh oleh ketua samseng yang menguasai daerah itu. Puncanya kerana ayahnya enggan membayar duit perlindungan yang begitu tinggi.

Berita ini rupanya sampai ke telinga Arif. Keesoknya pada waktu malam setelah ayahnya selamat dikebumikan, dia mendatangi tempat samseng tersebut dengan membawa pisau dapur dia mencabar orang yang membunuh ayahnya.

“Siapa yang bunuh ayah saya!” teriaknya kepada orang yang ada di tempat itu.
“Saya?” ujar ketua yang membunuh ayahnya sambil disambut dengan gelak tawa di belakangnya.

Tanpa banyak cakap, anak kecil itu sambil melompat telah menikam pisau ke perut lelaki yang membunuh ayahnya. Dan tepat mengenai hulu hatinya, lelaki berbadan besar itu jatuh tersungkur ke tanah.

Arif pun langsung berlari pulang ke rumah setelah melakukan pembunuhan tersebut. Akhirnya selesai solat subuh keesokan paginya dia di bawa ke balai polis.

“Arif ini selalu membuatkan petugas penjara Lapas susah!” ujar Ketua penjara Lapas yang ikut menemani saya mewawancara Arif sambil tersenyum. Ternyata sejak di penjara dua tahun lalu. Kanak-kanak ini sudah tiga kali melarikan diri dari selnya. Dan caranya pun menurut saya tergolong dalam kategori ajaib.

Pelarian pertama dilakukannya dengan cara yang tidak akan di fikirkan pun oleh sesiapa. Setiap pagi sampah-sampah dari Lapas itu akan di ambil oleh lori sampah. Menyedari akan hal ini, diam-diam Arif menyelinap ke dalam salah satu plastik sampah. Hasilnya 1-0 untuk Arif.  Dia berjaya keluar dari penjara.

Pelarian kedua lebih kreatif lagi. Arif yang suka membaca ini pernah membaca artikel tentang fermentasi makanan tape (ingat waktu wawancara usianya baru 8 tahun). Dari situ dia mendapat tahu bahawa tape mengandungi udara panas yang bersifat merosakkan terhadap objek keras.

Kebetulan pula di Lapas anak ini disediakan tape uli dua kali dalam seminggu. Setiap kali dia di berikan tape, arif selalu berpuasa kerana dia mencatu tape itu untuk dilekatkan ke dinding tembok sel tahanannya. Hasilnya setelah empat bulan, tembok penjara itu menjadi lembut seperti tanah liat. Satu buah lubang berjaya dibuatnya. 2-0 untuk arif. Dia melarikan diri dari penjara kali yang ke dua.

Pelarian ke tiganya dilakukan ala Mission Imposible. Arif yang ditugaskan membersihkan bilik mandi melihat baldi sebagai sebuah jalan penyelesaian. Besi yang berfungsi sebagai pemegang baldi itu di simpan di dalam biliknya.

Tahu bahawa dirinya sudah diawasi dengan sangat ketat, Arif memilih tempat persembunyian paling selamat sebelum memutuskan untuk melarikan diri.

Bilik ketua penjara Lapas menjadi pilihannya. Alasannya jelas, kerana tidak pernah seorang pun penjaga berani memeriksa ruang ini. Ketika tengah malam dia menyelinap keluar dengan menggunakan besi pegangan baldi untuk membuka kunci pintu. Jangan tanya saya bagaimana caranya, kerana tahu-tahu dia sudah di luar. 3-0 untuk Arif.

Jadi kenapa dia boleh tertangkap lagi? Rupanya kepintaran itu masih berada di sebuah kepala budak ini. Pelarian-pelariannya didorong dari rasa rindu terhadap ibunya. Anak ini keluar dari penjara hanya untuk ke rumah ibunya yang amat dia kasihi. Jadi dari penjara Lapas tanggerang dia menumpang-numpang kenderaan yang lalu-lalang dan juga berjalan kaki beberapa kilometer dengan satu tujuan iaitu untuk pulang!

Kerana itu pula pada pelarian Arif yang ketiga, ketua penjara Lapas yang juga seorang ibu ini meminta anak buahnya untuk tidak segera menjemput Arif. Hasilnya dua hari kemudian Arif kembali lagi ke Lapas sambil membawa surat untuk ketua penjara Lapas yang ditulisnya sendiri.

* Ketua penjara Arif minta maaf, tapi Arif rindu dengan ibu Arif. * Tulisnya singkat.

Seorang kanak-kanak cerdik yang harus terkurung dipenjara. Tapi, saya tidak terus berfikir bahawa dia tidak benar-benar bersalah dan harus dibebaskan. Bagaimanapun juga dia telah meragut nyawa seseorang.

Tapi saya hanya membuat andaian sahaja, jika kebijakkannya bertindak cepat menangkap pembunuh ayahnya (secepat polis menangkap Arif) pastinya ketika ini kanak-kanak pintar dan rajin itu tidak akan berada di tempat seperti ini. Dan kreativitinya yang tinggi itu boleh berguna untuk hal yang lain.

Sayangnya Arif itu cuma anak peniaga sayur miskin sementara samseng yang dibunuhnya selalu setia memberi duit kepada pihak berkuasa setempat. Itulah yang namanya keadilan di negeri kami indonesia” . 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.