PUNCA Lelaki Ini Diliwat Oleh 20 Banduan Di Penjara.
SEORANG jurulatih
seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan
perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang
diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.
Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di
seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan
itu.
Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia
sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan
jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.
“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan
betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.
Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga
mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah
dilakukannya sebelum ini.
Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell
bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.
myherb2u
BalasPadam