Suami Joget Atas Mayat Isteri Selepas Membunuhnya Dengan Kejam

Sarifuddin seperti dirasuk syaitan, pada 17/7/2016 dia telah di tangkap kerana membunuh isterinya sendiri Jumiati di rumah mereka di Jalan Jakarta, Gang Bakti, RT 21, Kelurahan Loa Bakung, Sungai Kunjang, Samarinda.

Sarifuddin kelihatan seperti masih tidak berpuas hati walaupun setelah membunuh isterinya itu sehinggakan dia sanggup memijak-mijak jasad isterinya itu sambil menari-nari. Sepanjang perkahwinan mereka itu di kurniakan tiga orang cahaya mata.

Kejadian itu telah di saksikan sendiri oleh kakak iparnya Sumarno 46 tahun. Setelah melihat kejadian tersebut, Sumarno terus cuba untuk menyelamatkan ketiga-tiga anak saudaranya daripada turut di bunuh oleh bapa mereka sendiri apabila dia melihat Sarifuddin atau dipanggilnya dengan panggilan Udin seperti sudah tidak waras lagi kerana sanggup memijak-mijak jasad isterinya itu sambil menari-nari walaupun setelah membunuhnya.

Selain menari, Udin juga kelihatan seperti seorang pendekar dengan mengikat kain merah di kepalanya sambil matanya kelihatan kemerah-merahan.  "Saya tak tahu apa yang dia pelajari dan lakukan sehingga jadi begini. Tapi memang seminggu sebelum kejadian ini dia sering kelihatan bercakap-cakap seorang diri," kata Sumarno.

Sumarno mengatakan lagi bahawa Udin sememangnya kerap meracau-racau perkataan "bunuh,bunuh,bunuh" berulang-ulang kali sejak seminggu yang lalu.

"Dia hanya meracau pada tengah malam, kira-kira jam 12 tengah malam. Sebelum kejadian pembunuhan itu juga Udin dikatakan meracau-racau sebelum membunuh isterinya itu, kata Sumarno.

Perubahan sikapnya itu hanya diketahui Sumarno setelah Udin datang dari kampung kelahirannya di Muara Ancalong, Kutai Timur (Kutim). "Dia datang sebelum Lebaran namun begitu setelah Lebaran, sikapnya tiba-tiba berubah seperti itu," ujar Sumarno.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.