Tiga Hari Hilang, Budak 5 Tahun Rupanya Dibunuh Dan Dibakar.

Seorang kanak-kanak perempuan Neysa Nur Azlya yang berusia 5 tahun di laporkan telah hilang sejak khamis ,hari raya kedua 07.07.2016 lalu. anak bongsu dari pasangan Fathurrahman dan Sabnah akhirnya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Jasad Azlya ditemui oleh orang awam pada Ahad tengah hari (10/7) di kawasan hutan yang lokasinya tak jauh dari kampungnya dengan keadaan memilukan.

Menurut bapa saudara mangsa Muhammad Darjad,” Neysa telah ditemui di dalam semak samun ditutupi dengan pelepah pokok kelapa kering, jasad dalam keadaan terbakar ”.

Sebahagian tubuh mangsa ditemui luka terbakar dan disyaki kematian kanak-kanak tersebut dibunuh dengan cara didera sebelum jasadnya dibakar oleh pelaku untuk menghilangkan bukti.

Dimaklumkan Neysa hilang sekitar pukul 11.00 pagi Khamis (7/7), dia dikatakan sedang bermain di halaman rumah ketika beraya bersama keluarga, Faturahman bapa mangsa kemudian menyedari tidak melihat kelibat Azlya lalu cuba menanyakan kepada beberapa jiran.
Seorang jiran mereka melihat Neysa dibawa oleh  Ijur 45 tahun yang merupakan jiran mangsa menaiki motor sehingga sampai sekarang belum ditemui.

Menurut siasatan awal  Ijur di nyatakan sebagai suspek utama dan di syaki sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan tersebut, Pihak polis juga mengingatkan kepada ibu bapa agar lebih meningkatkan lagi penjagaan terhadap kanak-kanak yang masih di bawah umur pada umumnya.

“Kejadian ini memberi pengajaran pada ibu bapa agar menjaga anak-anaknya terutama yang menpunyai anak masih dibawah umur agar dijaga dan jangan sampai jauh dari pengawasan”katanya.

Kes ini masih dalam siasatan  polis Sangkulirang bersama polis kalimantan timur indonesia Sementara tertuduh pembunuhan masih dalam buruan pihak polis.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.