VIDEO Demi Cinta Lelaki Bangla, Gadis Cuba Bunuh Diri Minum Pencuci Lantai.

Demi cinta yang tidak kesampaian kepada lelaki yang dipercayai warga bangladesh, seorang gadis memuatnaik satu video cubaan bunuh diri di laman sosial Facebook..

Video yang berdurasi selama 1 minit lebih itu menunjukkan luahan hati gadis berkenaan terhadap cintanya kepada lelaki tersebut. Dipercayai juga, gadis berkenaan menggunakan bahasa Hindi serta Inggeris berselang seli didalam luahan rasa kecewanya..

Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut adalah warga tempatan ataupun warga asing yang berkerja di negara ini. Bagaimanapun, ramai pelayar internet menyatakan bahawa gadis berkenaan merupakan gadis Indonesia jika diteliti dari raut wajahnya.

Paling mengejutkan, gadis terbabit bertindak minum sejenis cecair yang dipercayai pencuci lantai di akhir video berkenaan. Tindakan tersebut menyebabkan mulutnya kelihatan berbuih kebiruan.

Tiada makluman mengenai lokasi dan juga nama gadis berkenaan diperolehi sehingga kini. Walau bagaimanapun, diharap gadis berkenaan selamat dan insaf diatas keterlanjurannya.

Didalam Islam, membunuh diri dianggap sebagai perbuatan yang berdosa besar serta dipandang rendah oleh masyarakat. Bagaimanapun, perbuatan membunuh diri tidak dianggap sebagai keluar dari agama Islam. – Utaranews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.