Video Isteri Kantoi Bersama Lelaki Lain, Tak Sangka Suami Akan Pulang Buat Kejutan.
Seorang Tentera Laut Amerika Syarikat yang teruja dibenarkan
pulang lebih awal daripada tugasan untuk menemui keluarga, terkejut apabila
tindakan mahu merakam ekspresi isterinya berakhir dengan wanita tersebut sedang
bercumbu dengan lelaki lain yang juga anggota tentera di rumah mereka.
Dalam rakaman yang kini viral, kepulangan tentera tersebut
kelihatan disambut dengan teriakan gembira anak perempuannya namun dia terus
berjalan lalu memasuki bilik air dalam bilik tidurnya di mana si isteri sedang
dalam keadaan bogel bersama lelaki asing berpakaian penuh.
Dapat didengar isterinya kelihatan amat terkejut lantas
untuk menutup malu dia menjerit, “Apa kamu buat di sini?” lantas dijawab
suaminya, “Apa yang kamu buat? Mencurangi saya?”
Si suami kemudiannya menghalau lelaki tersebut hingga ke
luar rumah sambil bertanya nama dan pangkatnya, selain meminta supaya memandang
pada kamera telefon bimbit, membuatkan lelaki tersebut terus melarikan diri.
Selepas rakaman ini dimuatnaik di Facebook pada 28 Julai
lalu, ramai netizen mengutuk perlakuan isteri tentera tersebut dan pada masa
sama, memuji tahap kesabarannya yang tidak menggunakan kekerasan walaupun
diketahui sedang menahan marah yang amat sangat.
Ulasan
Catat Ulasan