Wanita Ini Dihukum Penjara Selepas Kantoi Berkahwin Dua Kali.
Aceh: Seorang wanita di wilayah ini berdepan hukuman penjara
selepas didakwa di sebuah mahkamah kerana mempunyai dua suami.
Wanita berkenaan, Nur Azimah yang menetap di Gunung Meriah,
Aceh Singkil sudah berkahwin dengan Lukman Hakim dan mempunyai dua anak.
Pada November tahun lalu, Nur Azimah meminta izin untuk
pulang ke kampungnya di Kota Fajar, Aceh Selatan.
Namun, selepas kembali ke kampung, Nur Azimah terus
menyepikan diri dan tidak pulang semula ke rumah menyebabkan Lukman berasa
curiga.
Tidak lama selepas itu, Lukman menerima berita isterinya
menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Sardiwan.
Lebih mengejutkan lagi, Lukman diberitahu, Nur Azimah dan
Sardiwan sudah berkahwin di pejabat agama Tiga Lingga di Dairi, Sumatera Utara.
Nur Azimah dipercayai membuat satu surat yang mengesahkan
suaminya sudah meninggal dunia.
Sardiwan juga yang sudah berkahwin membuat surat sama bagi
mengesahkan isterinya sudah meninggal dunia.
Lukman yang tidak berpuas hati membuat laporan polis sebelum
menceraikan isterinya baru-baru ini.
Nur Azimah yang didakwa di sebuah mahkamah di Aceh Selatan
pada Rabu lalu berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah. - Agensi
Ulasan
Catat Ulasan