26 GRO Tak Sempat Nak Lari

FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Georgetown: Dua puluh enam wanita warga asing ditahan di pusat hiburan di Jalan Datuk Keramat, di sini, malam tadi.

Sembilan belas pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri terbabit dalam operasi 12 tengah malam hingga 3 pagi.

Ketua Operasi Jabatan Imigresen Negeri, Fairuz Ismail berkata, ketika pemeriksaan dilakukan 26 wanita terdiri daripada 24 wanita warga China dan dua warga Indonesia itu sedang bekerja di premis itu.

Katanya, kesemua mereka, tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki Bangladesh berusia antara 20 hingga 30-an juga ditahan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat Pas yang dikeluarkan. Harian Metro
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.