7 Kelebihan Memiliki Pasangan Gemuk

Dalam kehidupan manusia orang gemuk tidak kira lelaki atau wanita selalu di letakkan dalam barisan antara orang yang tidak menarik, terutamanya dalam soal percintaan.

Boleh kita perhatikan dalam iklan atau model, amat jarang sekali kita melihat iklan di TV orang gemuk dengan iklan produk kecantikan bahkan dalam filem orang gemuk selalu berperanan sebagai mangsa buli dan bahan lawak.

Jadi kesan itulah yang sebenarnya tidak sesuai dengan keadaan sebenar, banyak bukti orang gemuk tidak seburuk apa yang di gambarkan.

Berikut adalah 7 kelebihan memiliki pasangan gemuk.

1. Keuntungan pertama, Orang gemuk boleh memberi kehangatan ketika berlakunya perhubungan fizikal terutama saat berpelukan. Ini sangat jelas bahawa fakta tersebut tidak dapat di nafikan, sungguh ia sangat menggelikan.

2. Rasa selamat ketika keluar dari rumah. Ini kerana orang gemuk boleh memberikan perlindungan walau dalam apa pun posisinya. Kerana pada umumnya orang gemuk jarang ada orang yang mahu cuba mencari masalah dengan dia. Tenaganya yang kuat malah penampilannya menunjukkan bahawa dia berada dalam kategori tahap ekonomi menengah ke atas akan membuat orang berfikir dua kali kalau cari masalah.

3. Dia lebih menyeramkan dan kamu boleh lebih mudah melepaskan rasa gemas tersebut padanya. Terutama pada bahagian pipi atau perutnya yang buncit.

4. Tidak begitu memilih makanan. Selagi makanan itu sedap dan boleh mengenyangkan ianya tidak menjadi masalah. Sehingga kamu tidak perlu risau memilih tempat makan atau memilih menu makanan yang kemungkinan tidak mengikut selera kamu.

5. Tidak begitu peduli, apatah lagi memiliki obses berlebihan untuk tampil sempurna. Dengan begitu akan ada ketenangan dalam kehidupan. Tidak banyak duit yang akan di bazirkan dan juga tidak banyak waktu terbuang untuk perubahan penampilan yang dia impikan. Orang gemuk kebanyakkan cukup dengan penampilan yang apa adanya. Mereka suka jadi diri sendiri.

6. Pasangan kamu akan kelihatan sempurna. Tidak akan ada yang menyangka dia cukup makan atau tidak meskipun kenyataannya seperti itu. Atau yang paling umum memberikan kesan kepada pasangan kamu tidak begitu banyak masalah dan beban pikiran.

Bandingkan jika memiliki pasangan kurus. Menu makanan yang selalu enak, terjaga, bahkan dalam jumlah banyak tidak akan begitu memperlihatkan keperluan makanan  di penuhi dengan baik.

Apa lagi kalau terlampau kurus, tentunya banyak yang berfikir kehidupan kalian susah. Atau yang lainnya, di ketahui memiliki tekanan hidup berkaitan masalah-masalah keluarga yang berat.

7. Kamu memiliki kemungkinan kecil hidup di bawah tekanan. Orang gemuk itu sedar diri dan tidak banyak yang memilih hidup bersama kamu dengan banyak tuntutan. Berbeza dengan Orang yang memiliki bentuk tubuh sempurna. Sangat banyak yang menuntut ini itu bahkan tidak jarang yang banyak kehendak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.