Along Cham Tidak Mahu Salam Zila Seeron Ketika Di Mahkamah

Along Cham Tidak Mahu Salam Zila
SHAH ALAM 29 Ogos - Selepas empat bulan tidak duduk sebumbung, pasangan Zila Seeron dan suaminya, Along Cham kembali bertemu muka di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika peserta AF4 berkenaan cuba mengulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya itu, Along sebaliknya kelihatan lebih senang membiarkan tangannya berada dalam poket jaketnya sahaja.

Sementara itu, kedua-dua mereka kini berada di mahkamah untuk kes sebutan nusyuz oleh Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 terhadap Zila.

Along dan Zila berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun. - UTUSAN ONLINE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.