Anak Akan Digelar Derhaka Jika Abaikan Ibu Bapa.

Gambar Hiasan
TINDAKAN menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan orang tua perlu dilihat dari sudut tertentu mengikut tujuan seseorang anak berbuat demikian.

Mufti Pahang, Datuk Seri  Dr Abdul Rahman Othman berkata, tidak semestinya tindakan tersebut  adalah salah memandangkan terdapat segelintir anak mempunyai tanggungjawab lain atau keluar mencari rezeki.

Menurutnya, tindakan itu boleh dianggap salah jika dengan tujuan membiarkan manakala menderhaka apabila ditinggalkan sepenuhnya.

“Seseorang anak yang melepaskan tanggungjawab dengan mengabaikan ibu bapa seperti membiarkan terus di rumah orang tua dikhuatiri akan menderhaka sekali gus membawa kepada dosa.

“Tapi kalau hantar dengan tujuan untuk menjaga, memberi pendidikan contoh dengan adanya kelas agama, ini tidak mengapa kerana rumah orang tua memberi manfaat.

“Rumah orang tua dikategorikan bagus apabila menyediakan guru agama dan pengasuh atas tujuan kebajikan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, digalakkan juga meninggalkan orang tua di rumah kebajikan apabila anak-anak perlu bekerja bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Menurutnya, anak mempunyai kewajipan menjaga kebajikan ibu bapa terutama yang uzur dan ditegah menyakiti hati mereka.

“Maka seseorang anak itu perlu membuat keputusan terbaik sebelum menghantar mereka ke rumah orang tua agar tindakan tersebut tidak membawa kepada pelepasan tanggungjawab,” katanya.-Sinar Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.