Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Aku Beria-ria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Pergi Bukit Tu.

“Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih admin sebab kongaikan cerita saya yang tak seberapa ni, saya terpanggil untuk kongsi pengalaman sendiri lepas baca kisah ‘Awak sayang ALLAH?’..kisah tersebut lebih kurang sama dengan kisah yang saya alami sendiri.

Saya ini dulu memang bertudung, tapi bagai dikatalah ‘tudung tapi telanjang’, baju itu WAJIB sendat, ketat, melekat kalau tak memang saya tak keluar lah, seluar itu jangan kata nak duduk pun jenuh (boleh bayang lah kan ketat dia tu mcm mana) dan tudung tu pulak kena selepang atas bahu sampai ternganga dada itu, bangga seh! Aset kot.

Masa berjalan tu mendada sikit, bila ada lelaki pandang terasa macam artis pulak, jadi public figure.

Saya berubah drastik bila ALLAH jentik hati saya perlahan.

Bermula cerita bila saya sambung degree di Universiti di Selangor. Saya langsung tak pernah free hair bila keluar sebelum masuk ke U, tapi bila sampai di sana saya serumah dengan kawan-kawan yang semuanya free hair.

Tiba-tiba saya jadi ‘galak’ nak ikut jejak dorang, tapi baru ja nak tarik tudung saya terpandang gambar mak ayah yang saya lekat kat cermin, terus saya jadi tak tergamak nak tipu mak ayah saya walaupun tanpa pengetahuan dorang, ALLAH itu MAHA PENYAYANG..DIA takmau saya terus sesat, terus saya batal niat nak free hair..

Cerita yang lain pulak masa tu saya ada boyfren, nak dijadikan cerita satu hari dia ajak saya keluar ke Bukit Ke*****, tapi dengan syarat kena pakai baju kurung.

Saya dengan tak fikir banyak terus setuju, hari itu kawan baik saya (Nia bukan nama sebenar) tidur dirumah saya, saya bagi tahu Nia yang Aiman (bukan nama sebenar) ajak saya keluar pergi Bukit Ke***** tapi kena pakai baju kurung (masa tu tengah kalut cari baju kurung dalam almari).

Nia terus marah saya dan halang saya pakai baju kurung tapi suruh saya pakai seluar macam biasa, saya turutkan sajatanpa banyak tanya sebab dah lewat.

Lepas itu bila saya jumpa Aiman dia marah saya sebab saya tak ikut apa yg dia suruh, Aiman kata dia tak jadi bawak saya ke Bukit itu, bila balik saja rumah saya cerita kat Nia apa yang jadi.

Nia terus kata yang dia dah banyak dengar cerita tak elok jadi kat Bukit itu, banyak couple kena tangkap basah kat sana, senang cerita orang gelar bukit tu sarang maksiat, tersentak saya dengar..apalah nasib saya andai kata saya ikut apa yang Aiman suruh..nauzubillahiminzalik masa tu saya dah fikir bukan-bukan, ALLAH itu MAHA MELINDUNGI..

Dan klimaks cerita saya ALLAH ‘tegur’ kawkaw tapi secara lembut punya bila ALLAH jemput family saya menunaikan umrah, masa tu saya langsung tak rasa apa, memang tak rasa teruja atau apapun, terasa macam nak pergi melancong saja.

Hemm.. saya langsung tak cari ilmu macam mana dan apa nak buat masa kat sana nanti..cuma ikut SAja apa yang ayah saya buat, setibanya saya kat Masjid Nabawi, tiba-triba hati saya rasa lain dan bermulanya titik perubahan saya sekarang ini bila saya berpeluang untuk solat dalam Taman Raudhah.

Berapa ramai orang yang dah ada di masjid itu, tapi langsung tak ada rezeki nak solat di Taman Raudhah (Taman Syurga)? Bertuahnya saya rasa masa itu, masa pertama kali saya sujud dan dahi saya menyentuh sejadah

Taman Raudhah, air mata terus mengalir, terasa diri ini kerdil dan hina sangat ALLAHU sampai sekarang masih terasa lagi perasaan itu, lepas itu saya jugak berpeluang untuk tengok sendiri payung-payung gergasi yang ada depan Masjid Nabawi terbuka ALLAH ALLAH tergamam saya, tegak saya berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku bawah payung-payung itu.

Berapa ramai orang yang dah sampai ke Masjid Nabawi tapi tak berpeluang nak tengok sendiri payung-payung tu terbuka alhamdulillah depan mata saya ALLAH tunjuk ALLAH MAHA PENYAYANG dan momen yang saya nak cerita yang akhir ni adalah titik tolak macam mana saya berubah secara drastik terutama dari segi pemakaian, masa itu saya dah ada di Makkah al Mukarramah.

Saya nampak semua perempuan bertutup litup berpurdah saya pun pakai purdah sebab nak rasa ‘bond’ dekat situ (memang saya dah spare purdah dari rumah), bila saya pakai saja timbul satu perasaan yang saya terasa bagai dilindungi perasaan yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan.

Lepas itu pulak saya try pakai tudung labuh, handsocks dan socks pulak saya beli kat penjual tepi jalan kat sana, mulanya pakai atas alasan senang nak solat, tak payah pakai telekung dah.Then lama kelamaan I realise I totally fall in love in wearing purdah I fall in love in wearing loose jubah I fall in love in wearing handsocks n socks I fall in love in wearing tudung labuh.

Saya sangat-sangat suka dan masa nak balik ke Malaysia saya teringat macam mana pemakaian saya masa nak ke Madinah/Makkah saya malu saya menangis saya rasa berdosa amat sangat sanggup ‘jual tubuh’ kat orang ramai kenyangkan nafsu lelaki-lelaki yang bermata liar..ALLAHU ALLAH..jejak ja kaki saya kat bumi Malaysia.

Saya dah nekad yang saya nak berubah terus sampai saje kat rumah tanpa berlengah terus saya asingkan pakaian yang tak ikut syariah untuk sedekah (walaupun masa itu saya cuma tinggal baju tak sampai 10 helai dan seluar 2 helai).

Tak kisahlah kalau tak berbaki langsung baju yang ada tapi saya nekad, esok itu terus saya bagi kat sepupu-sepupu saya yang muat pakai, ramai orang terkejut dengan perubahan saya even ayah saya sendiri tegur perubahan saya dan tanya saya kenapa pakai jubah, socks n handsocks setiap kali keluar, drastik sangat berubah, kata ayah, saya cuma tersenyum. Doakan saya sentiasa istiqomah. In sya ALLAH…

Kalau korang especially yang free hair, atau berpakaian tak ikut syariah dan tiba-tiba terasa di hati nak pakai tudung masa itu, atau nak pakai baju longgar ke atau apa saja yang korang rasa, buat! Just do it..sebenarnya tu ‘teguran’ lembut dari ALLAH untuk korang, dan pada sesiapa yang berpakaian dah ikut syariah tu jangan memperlekeh kaum hawa yang belum bertutup sempurna, sebab kita tak tau yang mungkin kedepan si dia yang korang lekeh kan tu akan jadi solehah melebihi diri sendiri..” Sekian coretan dari saya. Sumbar: deliez.com

Ulasan

  1. jab jab jab.. aiman tu suruh pakai baju kurung.. pastu tak jadi pergi situ sebab ko pakai suar... pastu ko ckp nasib baik tak pakai.. sebab dier akan buat sesuatu ker? adakah ini suatu fitnah? belum terjadi.. tak jadi pon pergi dah jumpa.. tak kena ape2.. hmmm penyebaran fitnah = power dari membunuh.. sekian.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.