Bot Rombongan Keluarga Pengantin Karam, 10 Maut 5 Hilang.

Sekurang-kurangnya 10 orang maut 5 hilang dalam sebuah tragedi bot pompong karam ketika hendak menyeberang dari Tanjung Pinang ke Pulau Penyengat Riau dalam kejadian yang berlaku 09.30.

Dalam tragedi tersebut hanya dua orang saja yang selamat, 17 penumpang terdiri dari 14 orang dewasa dua kanak-kanak dan seorang pemandu.

Bagaimanapun turut dimaklumkan beberapa mangsa dalam kejadian tersebut adalah salah seorang keluarga rombongan meminang yang hendak kepulau itu untuk mengadakan perbincangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Estii calon pengantin perempuan serta 7 anggota keluarganya yang lain, ibu, kakak, kakak ipar, sepupu dan pengantin lelaki bernama Muslichudin juga turut meninggal.

Sementara ahli keluarga pengantin lelaki Muhammad Rohib yang di maklumkan tentang kejadian tersebut hanya mampu melihat satu persatu wajah ahli keluarganya yang sudah meninggal dan tangisan semakin menjadi jadi apabila melihat wajah isteri dan adik kandungnya serta wajah Estii ”Ya Allah ujian apa ini”katanya sambil terisak-isak.

”Esok kamu nak nikah,” ujar seorang wanita berumur sambil memeluk jenazah Estii.

Dimaklumkan dua orang ahli keluarga rombongan pengantin tersebut Bagyo (50) dan Mistam (45) masih belum ditemui.

Gambar sekitar kejadian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.